Berita Berita
Wanita PKR puji Anwar, had 10 tahun jawatan PM langkah berani bentuk budaya politik baharu
KUALA LUMPUR 6 Jan - Usaha kerajaan memperkenalkan pembaharuan institusi melalui cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dilihat sebagai isyarat jelas komitmen terhadap perubahan sistem politik negara yang lebih seimbang dan berintegriti.
Ketua Penerangan Wanita PKR, Datuk Ginie Lim, berkata cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal adalah langkah berani dan bertanggungjawab ke arah membentuk budaya politik baharu yang telus, progresif serta demokratik demi kemajuan negara.
Menurut beliau, langkah itu mencerminkan tekad politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyegerakan pelaksanaan janji reformasi selepas puluhan tahun berjuang sebagai pembangkang, selain membuktikan kesungguhan beliau melakukan perubahan ketika memegang kuasa dan bukan selepas kehilangan kuasa.
“Dalam tempoh tiga tahun kepimpinan Anwar, Kerajaan Perpaduan berjaya mengekalkan kestabilan politik, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat.
“Wanita PKR yakin, dengan pelaksanaan reformasi institusi berterusan, rakyat akan terus menikmati manfaat daripada kekayaan negara yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kepimpinan Anwar juga wajar disokong bagi penggal seterusnya bagi memastikan agenda reformasi institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh, sekali gus membersihkan negara daripada kebejatan dan budaya rasuah demi kebajikan rakyat serta masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
“Jadi, Wanita PKR menyokong usaha Perdana Menteri untuk terus memimpin dan memperkukuh jentera kerajaan supaya lebih mantap, berkesan dan berintegriti dalam melaksanakan dasar fiskal serta ekonomi di bawah Kerangka Ekonomi MADANI,” katanya.
Berita berkaitan
January 7, 2026, 7:35 pm
Budak 10 tahun ditemui kelaparan, cedera di Nilai, polis tahan ibu kandung, bapa tiri
January 7, 2026, 2:46 pm
'Mungkin sudah tiba masa untuk undur diri' - Akmal Saleh
January 7, 2026, 2:21 pm
Shuib kena denda RM10,000, promosi vape dalam podcast
January 7, 2026, 1:34 pm
Samirah, dua remaja kekal dilepas dan dibebaskan kes bunuh CEO Cradle Fund
January 7, 2026, 10:23 am
Agong zahir nasihat tegas, pastikan warga tentera darat pegang teguh integriti, amanah
January 6, 2026, 6:40 pm
UMNO perlu hentikan perdebatan dalaman, fokus susun kekuatan BN - Nurulhidayah
January 6, 2026, 6:34 pm
Mahkamah Tinggi benarkan Abdul Kadir beri keterangan walaupun muflis
January 6, 2026, 6:28 pm
UMNO main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan
January 6, 2026, 6:02 pm
Tun M disahkan patah pinggul selepas terjatuh di kediaman
January 6, 2026, 5:42 pm
