TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mayat wanita warga emas ditemui terapung di kolam tadahan air di Bukit Bandaraya

By
|
Kongsi
image

 

SHAH ALAM 9 Jan - Penemuan mayat seorang wanita warga emas terapung di sebuah kolam tadahan air hujan di Seksyen U11, Bukit Bandaraya di sini, pada Rabu lalu, mencetuskan siasatan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu pada jam 11.30 pagi hasil laporan seorang pemancing.

"Siasatan awal mendapati wanita warga tempatan berusia lingkungan 70-an dan dipercayai penduduk yang tinggal di taman berhampiran lokasi kejadian.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada hari sama kira-kira jam 6 petang, polis dihubungi ahli keluarga mangsa yang memaklumkan wanita berkenaan adalah kakak mereka dan tinggal bersendirian di kawasan berhampiran.

"Identiti mangsa disahkan dan jenazah telah dituntut oleh pihak keluarga. Punca kematian masih menunggu laporan lengkap makmal," katanya.

+ - reset