Berita Berita
BAP akan disalur lebih awal mulai tahun depan – KPM
PUTRAJAYA 9 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan dilaksanakan lebih awal mulai tahun depan susulan maklum balas dan rungutan ibu bapa berhubung kelewatan penyaluran bantuan itu pada sesi persekolahan tahun ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengakui kementeriannya menerima rungutan daripada ibu bapa selepas bantuan berkenaan hanya mula diagihkan pada minggu pertama persekolahan.
"Kita kebetulan tahun ini kita baru mulakan sesi persekolahan di Januari. Jadi memang ada sedikit rungutan yang kita terima.
"Saya ingat mulai tahun hadapan kita akan terus perbaiki dan saranan itu kita ambil secara serius, maknanya ia diberikan lebih awal untuk persiapan dilakukan lebih awal," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di kementeriannya, hari ini.
Sehubungan itu, Fadhlina berharap ibu bapa dapat memanfaatkan bantuan berjumlah RM150 itu sebaiknya bagi membeli keperluan persekolahan anak-anak.
Beliau turut mengulangi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, awal minggu ini yang menegaskan keperluan ibu bapa hadir ke sekolah untuk berjumpa guru bagi mendengar laporan serta saranan berkaitan perkembangan anak masing-masing.
BAP merupakan bantuan tunai secara sekali bayar berjumlah RM150 yang disalurkan kepada 5.2 juta murid, sebagai inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan.
Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina berkata isu kenaikan tambang bas sekolah yang dijangka berlaku akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
"Saya akan bawa dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri mengenai perkara ini dan melihat secara keseluruhannya," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia menjangkakan berlakunya kenaikan tambang bas sekolah susulan peningkatan kos operasi termasuk insurans, gaji pemandu dan alat ganti kenderaan.
Presidennya, Amali Munif Rahmat dilaporkan berkata sebarang kenaikan tambang bergantung sepenuhnya kepada keputusan pengusaha bas sekolah memandangkan kerajaan sejak 2015 tidak lagi mengawal selia atau menetapkan had siling tambang.
Berita berkaitan
January 10, 2026, 1:22 pm
'Tunggang agama' kutip duit berjuta masuk akaun peribadi, SPRM sahkan sedang pantau 3 NGO 'popular'
January 9, 2026, 7:43 pm
Tender TDM: SPRM sita jongkong emas, SVR dan wang asing bernilai RM6.9 juta
January 9, 2026, 6:34 pm
UMNO nafi terima surat peletakan jawatan Dr Akmal, Asyraf Wajdi tegur jangan ambil hati
January 9, 2026, 4:49 pm
Hanya 28% CCTV sekolah berfungsi, KPM akui isu keselamatan perlu tindakan segera
January 9, 2026, 2:53 pm
'Rakyat berhak rasa kecewa apabila pihak berkuasa salah guna kedudukan, berasuah' - Agong
January 9, 2026, 2:06 pm
KPM segera kaji keperluan kembalikan UPSR, PT3
January 9, 2026, 1:16 pm
DAP gesa AGC jelaskan keputusan NFA kes 47 pertuduhan babit Zahid Hamidi
January 9, 2026, 12:59 pm
Nahas ragut nyawa penuntut UniSZA: Pemandu Honda Jazz direman 4 hari
January 9, 2026, 10:34 am
