Berita Berita
KPM segera kaji keperluan kembalikan UPSR, PT3
PUTRAJAYA 9 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti semula keperluan untuk mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) susulan perbahasan berterusan dalam kalangan masyarakat berhubung pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) telah diarahkan untuk menjalankan kajian berhubung keperluan mengembalikan peperiksaan berkenaan.
"Peperiksaan yang disebut itu maknanya yang (masih) berada dalam polemik masyarakat.
"Saya minta Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad akan memberikan pandangan dan kepercayaan. Ahli-ahli majlis penasihat itu nanti akan membincangkan," katanya pada sidang medianya selepas menyampaikan amanat Tahun Baru di KPM.
Fadhlina berkata, hasil kajian itu kemudiannya akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk pertimbangan dan keputusan lanjut.
Sebelum ini, terdapat desakan daripada beberapa pihak supaya KPM mengembalikan UPSR dan PT3 yang dimansuhkan pada 2022, dengan dakwaan ketiadaan peperiksaan berkenaan menyumbang kepada keciciran pelajar serta memberi kesan terhadap prestasi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagaimanapun, pada 22 Oktober lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata prestasi SPM kekal stabil walaupun UPSR dan PT3 dimansuhkan.
Menurut beliau, analisis keputusan SPM bagi dua tahun berturut-turut, iaitu 2023 dan 2024, menunjukkan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu tidak memberi sebarang impak negatif terhadap prestasi pelajar.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina turut mengulas jangkaan kenaikan tambang bas sekolah dengan memaklumkan perkara itu akan dibincangkan di peringkat Kabinet.
"Itu baru jangkaan. Saya akan bawa dan bincang dalam Kabinet nanti dan kita lihat secara keseluruhan," katanya.
Terdahulu, Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia menjangkakan tambang bas sekolah berkemungkinan dinaikkan susulan peningkatan kos operasi termasuk insurans, gaji pemandu dan alat ganti kenderaan.
Presidennya, Amali Munif Rahmat, berkata sebarang kenaikan tambang bergantung sepenuhnya kepada keputusan pengusaha bas sekolah memandangkan kerajaan sejak 2015 memutuskan untuk tidak mengawal selia atau menetapkan had siling tambang.
Berita berkaitan
January 10, 2026, 1:22 pm
'Tunggang agama' kutip duit berjuta masuk akaun peribadi, SPRM sahkan sedang pantau 3 NGO 'popular'
January 9, 2026, 7:43 pm
Tender TDM: SPRM sita jongkong emas, SVR dan wang asing bernilai RM6.9 juta
January 9, 2026, 6:34 pm
UMNO nafi terima surat peletakan jawatan Dr Akmal, Asyraf Wajdi tegur jangan ambil hati
January 9, 2026, 4:49 pm
Hanya 28% CCTV sekolah berfungsi, KPM akui isu keselamatan perlu tindakan segera
January 9, 2026, 3:56 pm
BAP akan disalur lebih awal mulai tahun depan – KPM
January 9, 2026, 2:53 pm
'Rakyat berhak rasa kecewa apabila pihak berkuasa salah guna kedudukan, berasuah' - Agong
January 9, 2026, 1:16 pm
DAP gesa AGC jelaskan keputusan NFA kes 47 pertuduhan babit Zahid Hamidi
January 9, 2026, 12:59 pm
Nahas ragut nyawa penuntut UniSZA: Pemandu Honda Jazz direman 4 hari
January 9, 2026, 10:34 am
