Berita Berita
Hanya 28% CCTV sekolah berfungsi, KPM akui isu keselamatan perlu tindakan segera
PUTRAJAYA 9 Jan - Isu keselamatan di sekolah kembali menjadi perhatian apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengakui hanya 28 peratus kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah seluruh negara berada dalam keadaan berfungsi ketika ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tahap fungsi CCTV yang rendah itu menjejaskan keyakinan ibu bapa dan masyarakat, sekali gus menuntut tindakan segera oleh kementerian serta pihak pengurusan sekolah.
“Kita tidak boleh biarkan hanya 28% sahaja berfungsi. Itu adalah tanggungjawab kita untuk selesaikan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baru KPM.
Mengulas lanjut, beliau berkata KPM sedang menambah sebanyak 300 unit CCTV di sekolah terpilih di seluruh negara, selain memastikan sistem penyelenggaraan dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Fadhlina turut mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah memastikan semua CCTV berada dalam keadaan baik dan berfungsi.
"KPM ada penyelenggaraan dan kita akan pastikan ia terus berfungsi,” katanya.
Berhubung cadangan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta bagi menampung kos penambahbaikan sistem keselamatan, Fadhlina berkata inisiatif sedemikian telah pun dilaksanakan melalui penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak swasta serta persatuan komuniti.
“Apa sahaja bentuk kerjasama, kita jangan terlalu rigid. Orang nak tolong, kita buka jalan dan kita sokong. Ini semua sekolah kita,” katanya.
Pada 15 Oktober lalu, KPM memaklumkan sebanyak 200 sekolah berasrama berisiko tinggi di seluruh negara, termasuk yang merekodkan kejadian buli, akan selesai dipasang CCTV menjelang November.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPM, Wan Hashim Wan Rahim berkata projek pemasangan CCTV yang dilaksanakan sejak Ogos lalu itu melibatkan peruntukan RM3 juta, bertujuan memperkukuh aspek keselamatan pelajar di kawasan sekolah dan asrama, selain membendung insiden tidak diingini.
Beliau berkata pemasangan CCTV itu juga dapat membantu siasatan secara lebih menyeluruh kerana sebelum ini “banyak kes” yang berlaku di kawasan sekolah dan asrama sukar dibuktikan.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata cadangan untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 sebelum sesi persekolahan bermula akan diberi perhatian serius.
Beliau berkata KPM akan menambah baik pelaksanaannya mulai tahun depan memandangkan sesi persekolahan tahun ini akan bermula pada minggu depan.
Selain itu, Fadhlina berkata saranan supaya semua pelajar yang berpindah sekolah diwajibkan melampirkan laporan kesihatan termasuk tahap kesihatan mental serta rekod disiplin mulai sesi persekolahan 2026 adalah bertujuan membantu pelajar yang berdepan masalah berkenaan.
Menurutnya, melalui rekod tersebut, pihak sekolah boleh menyediakan sokongan bersesuaian bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah kesihatan mental dan disiplin.
Bagaimanapun, beliau berkata ibu bapa yang tidak bersetuju dengan cadangan itu boleh tampil mengemukakan pandangan dan cadangan.
Berita berkaitan
January 10, 2026, 1:22 pm
'Tunggang agama' kutip duit berjuta masuk akaun peribadi, SPRM sahkan sedang pantau 3 NGO 'popular'
January 9, 2026, 7:43 pm
Tender TDM: SPRM sita jongkong emas, SVR dan wang asing bernilai RM6.9 juta
January 9, 2026, 6:34 pm
UMNO nafi terima surat peletakan jawatan Dr Akmal, Asyraf Wajdi tegur jangan ambil hati
January 9, 2026, 3:56 pm
BAP akan disalur lebih awal mulai tahun depan – KPM
January 9, 2026, 2:53 pm
'Rakyat berhak rasa kecewa apabila pihak berkuasa salah guna kedudukan, berasuah' - Agong
January 9, 2026, 2:06 pm
KPM segera kaji keperluan kembalikan UPSR, PT3
January 9, 2026, 1:16 pm
DAP gesa AGC jelaskan keputusan NFA kes 47 pertuduhan babit Zahid Hamidi
January 9, 2026, 12:59 pm
Nahas ragut nyawa penuntut UniSZA: Pemandu Honda Jazz direman 4 hari
January 9, 2026, 10:34 am
