Berita Jenayah
Kerani klinik rugi lebih RM70,000 terperangkap sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian
KUALA TERENGGANU 13 Jan – Seorang kerani klinik mengalami kerugian lebih RM70,000 selepas terperangkap dalam sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai tawaran kerja dalam talian, bermula dengan penerimaan bungkusan Tupperware yang dihantar ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang pada Isnin.
Menurut beliau, mangsa merupakan seorang wanita berusia 54 tahun yang mendakwa kejadian bermula pada 1 Januari lalu apabila menerima bungkusan barangan berjenama Tupperware daripada individu tidak dikenali di kediamannya di Bukit Besar, di sini.
“Tidak lama selepas itu, mangsa dihubungi melalui satu panggilan telefon sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi WhatsApp yang mempunyai kira-kira 200 ahli.
“Dalam kumpulan tersebut, mangsa ditawarkan tugasan mudah seperti menekan ‘like’ dan berkongsi hantaran media sosial dengan janji pemberian komisen,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Azli berkata, selepas berjaya menyelesaikan kira-kira 20 tugasan dan menerima komisen awal, mangsa diyakinkan untuk memperoleh pendapatan lebih tinggi dengan membuat bayaran bagi menaik taraf status ke peringkat pekerja.
Katanya, tanpa menyedari dirinya sedang diperdaya, mangsa telah melakukan dua pemindahan wang secara dalam talian serta 15 transaksi deposit tunai ke dalam lima akaun bank berbeza.
“Jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa adalah sebanyak RM70,935 yang melibatkan wang simpanan peribadi dan dipindahkan ke lima akaun bank berlainan,” jelasnya.
Beliau berkata, mangsa mula berasa curiga apabila terus diminta membuat bayaran tambahan tanpa menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan, sebelum tampil membuat laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu, Azli menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penghantaran bungkusan secara rawak atau tawaran kerja yang menjanjikan pulangan lumayan.
“Orang ramai disaran membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi yang mencurigakan,” katanya.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 6:18 pm
Lelaki maut dipukul kayu selepas dituduh mencuri, empat suspek ditahan
August 26, 2026, 5:52 pm
Polis buru kumpulan lelaki bakar mercun atas jalan semasa perarakan kematian di Shah Alam
August 26, 2026, 2:05 pm
Dakwaan curi sarung pasport: Polis ambil keterangan pegawai imigresen, wanita
August 21, 2026, 5:26 pm
Inspektor antara 10 anggota PGA ditahan kes peras ugut kilang sisa elektronik di Tasek Gelugor
August 21, 2026, 10:12 am
Cuak kena serbu, pengedar dadah cederakan polis guna parang
August 20, 2026, 2:35 pm
Lelaki ditahan pukul anak kucing guna penyapu aluminium di Batu Gajah
August 20, 2026, 11:32 am
Polis Johor buka 3 kertas siasatan isu pasang bendera terbalik, 5 individu ditahan
August 14, 2026, 11:29 am
Polis buru wanita berpurdah, rakan larikan gelang emas RM16,000
August 14, 2026, 11:18 am
Lelaki cedera parah ditetak parang, kumpulan merusuh dikesan guna objek menyerupai pistol
August 11, 2026, 11:26 am
