Berita Jenayah
Inspektor antara 10 anggota PGA ditahan kes peras ugut kilang sisa elektronik di Tasek Gelugor
KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor antara 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan melibatkan sebuah kilang sisa elektronik (e-waste) di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Rabu lalu.
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) KDNKA Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim mengesahkan penahanan kesemua suspek yang bertugas di Batalion 2 PGA Kulim, Kedah.
"Kita mengesahkan penahanan berkenaan dan kes masih dalam siasatan pihak polis kontinjen negeri untuk tindakan lanjut. Kesemua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa mereka yang ditahan terdiri daripada pelbagai pangkat dari Konstabel hingga Inspektor, dan kesemuanya telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas tamat tempoh reman selama sehari.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
