Berita Jenayah
Lelaki tempatan ditemui mati dibunuh di kebun kelapa sawit Banting, lapan ditahan
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah kebun kelapa sawit dalam kejadian di Banting, Kuala Langat, Selangor pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Mohd Radzi berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan kira-kira jam 5 petang daripada anggota Cawangan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Negara (KDNKA) IPD Kuala Langat.
Susulan penemuan tersebut, pihak polis telah menahan lapan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.
Beliau menambah, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pihak polis turut meminta mana-mana orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut agar tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
