Berita Jenayah
Cuak kena serbu, pengedar dadah cederakan polis guna parang
KOTA BHARU, 21 Ogos – Seorang lelaki yang disyaki aktif mengedar dadah ditahan selepas bertindak agresif mengacukan parang dan mencederakan seorang anggota polis dalam satu serbuan di Kampung Lubok Bongor, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli menjalankan serbuan di sebuah rumah tanpa nombor.
"Suspek bertindak agresif dengan mengacukan sebilah parang berukuran 36 sentimeter sambil mengeluarkan ugutan membunuh. Pergelutan yang berlaku menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan pada jari dan bahu kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek bagaimanapun berjaya ditumpaskan dan hasil pemeriksaan polis menemui enam pil disyaki yaba di dalam beg pinggang milik suspek.
Siasatan mendapati suspek merupakan individu dikehendaki berkaitan kes pengedaran dadah serta insiden ugutan jenayah menggunakan parang terhadap polis dalam serbuan terdahulu pada 19 Ogos lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah reman.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
