Berita Jenayah
Polis Johor buka 3 kertas siasatan isu pasang bendera terbalik, 5 individu ditahan
JOHOR BAHRU, 20 Ogos – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Johor secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, kesemua kes tersebut dikesan di bawah kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, IPD Iskandar Puteri dan IPD Johor Bahru Selatan.
Menurut beliau, kertas siasatan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan arahan dan tindakan lanjut.
"Bagi kes di bawah IPD Kulai, dua individu iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 48 tahun ditahan, manakala dua lelaki berusia 25 dan 43 tahun ditahan di IPD Johor Bahru Selatan, serta seorang lelaki berusia 56 tahun di IPD Iskandar Puteri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.
Kesemua tangkapan merupakan kakitangan di premis berkaitan yang terlibat dalam insiden pemasangan bendera berkenaan.
Dalam pada itu, Chuan Huat mengingatkan pemilik premis serta pihak pengurusan supaya tidak mengambil mudah isu pemasangan bendera dan memastikan penyeliaan rapi dilakukan, terutamanya sekiranya tugas tersebut diserahkan kepada pekerja warga asing.
Beliau menasihatkan agar panduan pemasangan yang betul diberikan selain menyemak hasil pemasangan menerusi gambar bagi memastikan susunan dan tatacara kibaran bendera sentiasa tepat.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
