Berita Jenayah
Lelaki ditahan pukul anak kucing guna penyapu aluminium di Batu Gajah
IPOH, 20 Ogos – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memukul seekor anak kucing menggunakan sebatang penyapu aluminium di sebuah kawasan perumahan di Batu Gajah, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari susulan rakaman video berdurasi dua minit 19 saat yang dirakam oleh jiran suspek.
"Kejadian berlaku di kawasan parkir rumah suspek sebelum lelaki berkenaan hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah dan ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, suspek mengaku bertindak sedemikian selepas mendakwa anak kucing terbabit memasuki bahagian enjin kenderaannya dan bimbang haiwan itu boleh mendatangkan bahaya atau merosakkan kenderaan sekiranya enjin dihidupkan.
Anak kucing berkenaan dilaporkan masih hidup dan telah dibawa ke klinik veterinar oleh jiran suspek untuk menerima rawatan.
Polis akan mendapatkan laporan perubatan haiwan tersebut bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
