Berita Jenayah
Polis buru wanita berpurdah, rakan larikan gelang emas RM16,000
KUALA TERENGGANU, 14 Ogos – Polis kini giat mengesan dua wanita termasuk seorang yang berpurdah selepas dipercayai melarikan seutas gelang emas bernilai RM16,000 dari sebuah kedai emas di Batu 8, Kampung Batu Enam, Jalan Kelantan, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan polis dibuat jurujual kedai terbabit pada jam 10.25 malam selepas menyedari seutas gelang emas 916 seberat 28.01 gram hilang sewaktu pemeriksaan stok dilakukan.
"Semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua wanita masuk ke premis berkenaan sebelum seorang daripadanya meminta pekerja menunjukkan beberapa barang kemas untuk dibuat perbandingan.
"Suspek terbabit kemudian memakai gelang berkenaan pada tangannya lalu menutupnya dengan lengan baju sebelum menjatuhkannya ke lantai, lalu memijak dan memasukkannya ke dalam beg tangan," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Menurut Azli, rakan suspek pula bertindak mengalihkan perhatian pekerja kedai dengan bertanyakan gelang emas yang lain. Kedua-dua suspek kemudian meninggalkan premis dengan alasan mahu mengambil wang pembayaran, namun tidak kembali.
Siasatan mendapati suspek pertama memakai jubah kelabu dan berpurdah hitam, manakala suspek kedua memakai jubah biru gelap serta tudung bercorak. Rakaman CCTV mengenai kejadian itu turut tular di media sosial sejak semalam.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
