Berita Jenayah
Bapa tiri ditahan rakam anak tiri secara sulit dalam bilik air
TAWAU 13 Jan– Peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi tepat menggambarkan perbuatan jijik seorang lelaki yang disyaki merakam video anak tirinya secara sulit di dalam bilik air sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut, di sini, Ahad lalu.
Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berkenaan menemui sebuah telefon bimbit dipercayai milik bapa tirinya disorokkan di dalam tandas rumah tersebut dalam keadaan sedang merakam, sebelum menyerahkannya kepada ibunya.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.27 petang hari yang sama.
Menurut beliau, suspek berusia 39 tahun kemudiannya ditahan kira-kira jam 8.07 malam bagi membantu siasatan.
“Hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit yang dirampas mendapati terdapat beberapa rakaman video mengaibkan melibatkan mangsa serta anak-anaknya, dipercayai dirakam tanpa pengetahuan mereka ketika menggunakan bilik air,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Jasmin berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dan tinggal serumah dengan mangsa telah dipersoal oleh ahli keluarga sebelum mengaku melakukan perbuatan tersebut.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati sebanyak 10 klip video disimpan di dalam telefon bimbit berkenaan, melibatkan mangsa dan dua orang anaknya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh serta mengaibkan kehormatan mangsa.
“Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral serta mencabul privasi orang lain,” katanya.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
