Berita Berita
Pelajar OKU IPTA, politeknik dan kolej komuniti nikmati pendidikan percuma mulai tahun ini
KUALA LUMPUR 20 Jan - Semua pelajar orang kurang upaya (OKU) yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti akan menikmati pendidikan percuma bermula tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 pelajar OKU di seluruh negara.
Beliau mengumumkan perkara itu pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, hari ini.
Menurut Anwar, selain pendidikan percuma kepada pelajar OKU, kerajaan turut menyediakan bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 10,000 pelajar daripada kategori miskin.
“Kita telah mensasarkan sejak awal keperluan merencana pendidikan percuma. Kini, daripada Darjah Satu hingga Tingkatan Enam, pendidikan diberikan secara percuma.
“Pada peringkat awal, sekitar 5,800 pelajar daripada golongan miskin tegar telah diberikan pendidikan percuma seperti diumumkan dalam Belanjawan 2026.
“Justeru, saya mengumumkan semua pelajar kategori OKU di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan menikmati pendidikan percuma mulai sekarang,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih sepenuhnya sistem prauniversiti merangkumi Tingkatan Enam dan matrikulasi bermula tahun ini.
Katanya, langkah itu menjadikan pelajar Tingkatan Enam dan matrikulasi sebagai sebahagian daripada kategori pendidikan tinggi, bukan lagi pendidikan sekolah.
Selain itu, Anwar berkata, kerajaan turut mengarahkan universiti awam menambah sebanyak 1,500 tempat pengajian melibatkan kursus kritikal.
Antara bidang terlibat ialah undang-undang, perakaunan, kewangan dan perbankan, kewangan Islam serta kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata, penambahan tempat itu turut merangkumi kursus ekonomi, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, komunikasi, pengajian media, data sains, analitik data dan sains komputer.
Berita berkaitan
January 20, 2026, 9:07 pm
Dakwaan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang disahkan palsu
January 20, 2026, 8:56 pm
Mayat lelaki separa reput ditemukan di ladang di Mengkarak
January 20, 2026, 8:37 pm
IJM nafi dakwaan pengubahan wang haram, tegaskan komitmen tadbir urus dan ketelusan
January 20, 2026, 8:31 pm
Budak lima tahun maut tercekik biji rambutan di Felda Neram
January 20, 2026, 5:31 pm
‘UPSR, PT3 tidak kembali, fokus Matriks Pembelajaran Malaysia’ – Fadhlina
January 20, 2026, 4:41 pm
‘Kami lindungi guru, anak-anak jadi keutamaan’ – Fadhlina
January 20, 2026, 3:44 pm
Tun M alami patah pinggul, pemulihan fisioterapi dijangka ambil masa panjang
January 20, 2026, 3:32 pm
Polis kesan remaja perempuan 15 tahun dilaporkan hilang di Serendah
January 20, 2026, 3:27 pm
