TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tun M alami patah pinggul, pemulihan fisioterapi dijangka ambil masa panjang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 Jan - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengalami patah tulang pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari 2026, menurut kenyataan rasmi keluarganya.

Beliau kini menerima rawatan fisioterapi di Institut Jantung Negara (IJN) tanpa menjalani pembedahan setakat ini. Pihak perubatan dan doktor pakar memaklumkan bahawa walaupun tahap pemulihan beliau selepas 14 hari rawatan berada pada tahap memuaskan, proses pemulihan melalui fisioterapi dijangka mengambil masa yang agak panjang.

Keluarga Dr. Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menanyakan keadaan kesihatan beliau serta mendoakan agar beliau segera pulih.

“Kami juga memohon maaf kerana atas nasihat pakar perubatan, ziarah hanya dibenarkan kepada keluarga terdekat buat masa ini,” jelas kenyataan tersebut.

Pejabat Tun Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan ini pada 20 Januari 2026 bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu. 

+ - reset