Berita Berita
Dakwaan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang disahkan palsu
KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau menegaskan dakwaan kononnya Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang adalah tidak benar dan merupakan berita palsu.
Beliau berkata, sehingga kini Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Hamzah yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“Tan Sri Speaker tidak menerima apa-apa surat daripada Larut, jadi dakwaan tersebut adalah berita palsu,” katanya ketika mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat sesi petang pada Selasa.
Penjelasan itu dibuat susulan pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bangkit mencelah sebelum Hamzah memulakan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, dengan meminta penjelasan sama ada Ahli Parlimen Larut itu telah menghantar surat peletakan jawatan.
Khoo mendakwa perkara tersebut berdasarkan laporan media yang menyatakan Hamzah sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.
Bagaimanapun, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mempersoalkan asas peraturan mesyuarat pertanyaan tersebut sebelum menyifatkannya sebagai berita palsu.
Alice sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas kerana tiada sebarang surat peletakan jawatan diterima oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.
“Saya sudah jelaskan, pejabat Speaker tidak menerima apa-apa surat. Larut tidak pernah menghantar sebarang surat, jadi tiada asas kepada dakwaan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, timbul spekulasi berhubung kedudukan Ketua Pembangkang apabila beberapa Ahli Parlimen kerajaan didakwa mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang kononnya bakal dilantik ke jawatan berkenaan, sekali gus mencetuskan tanda tanya susulan krisis dalaman melibatkan BERSATU.
Berita berkaitan
January 20, 2026, 8:56 pm
Mayat lelaki separa reput ditemukan di ladang di Mengkarak
January 20, 2026, 8:37 pm
IJM nafi dakwaan pengubahan wang haram, tegaskan komitmen tadbir urus dan ketelusan
January 20, 2026, 8:31 pm
Budak lima tahun maut tercekik biji rambutan di Felda Neram
January 20, 2026, 5:31 pm
‘UPSR, PT3 tidak kembali, fokus Matriks Pembelajaran Malaysia’ – Fadhlina
January 20, 2026, 4:41 pm
‘Kami lindungi guru, anak-anak jadi keutamaan’ – Fadhlina
January 20, 2026, 3:44 pm
Tun M alami patah pinggul, pemulihan fisioterapi dijangka ambil masa panjang
January 20, 2026, 3:32 pm
Polis kesan remaja perempuan 15 tahun dilaporkan hilang di Serendah
January 20, 2026, 3:27 pm
Semua aliran sekolah wajib ambil ujian Bahasa Melayu dan Sejarah mulai tahun ini – Anwar
January 20, 2026, 3:19 pm
