Berita Berita
‘UPSR, PT3 tidak kembali, fokus Matriks Pembelajaran Malaysia’ – Fadhlina
PUTRAJAYA 20 Jan - Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan diperkenalkan semula, sebaliknya Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tumpuan kepada pelaksanaan Matriks Pembelajaran Malaysia bagi murid Tahun Empat dan pelajar Tingkatan Tiga, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, kementerian tidak lagi boleh menoleh ke belakang dan sewajarnya melihat kepada sistem potensi secara lebih holistik.
Katanya, Matriks Pembelajaran Malaysia bagi murid Tahun Empat dan pelajar Tingkatan Tiga disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh sistem pendidikan negara kerana ia menawarkan sistem pengukuran pembelajaran yang lebih luas dan menyeluruh.
"Sebelum pengumuman hari ini, apa yang kita pertahankan di peringkat kementerian? Kita pertahankan soal pentaksiran. Kita kata 'we will never bring back' UPSR PT3 kerana kita nak nak tumpu pentaksiran ini.
"Kenapa pentaksiran ini penting? Kerana dia adalah satu sistem, maknanya yang melihat kepada potensi anak-anak ini secara holistik, secara keseluruhan.
"Kita mesti (pandang) ke depan bila ke hadapan itu, soalnya bukan lagi yang tanya tadi? UPSR, PT3 bukan lagi, ia dah tak sesuai dengan zaman anak-anak kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat selepas Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pengumuman oleh Perdana Menteri berhubung Matriks Pembelajaran Malaysia sudah semestinya memberi impak besar kepada ibu bapa, guru serta seluruh komuniti pendidikan.
Beliau bagaimanapun menegaskan pelaksanaan pentaksiran itu tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan.
"Matriks pembelajaran ini sangat penting kerana sistem pengukurannya lebih luas. Ia bukan sistem peperiksaan yang menekan murid, sebab itu saya minta ibu bapa dan guru-guru supaya tidak panik," katanya.
Beliau menambah, pemilihan Tahun Empat adalah bagi memastikan kementerian mempunyai ruang masa mencukupi untuk melaksanakan intervensi dan pengukuhan pembelajaran sebelum murid melangkah ke peringkat seterusnya.
"Kita laksanakan di Tahun Empat kerana masih ada dua tahun untuk kita membuat intervensi sekiranya berlaku sebarang kelemahan.
"Ini keseluruhannya berkaitan intervensi, pengukuhan dan sokongan kepada kurikulum baharu," katanya.
Berita berkaitan
January 20, 2026, 9:07 pm
Dakwaan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang disahkan palsu
January 20, 2026, 8:56 pm
Mayat lelaki separa reput ditemukan di ladang di Mengkarak
January 20, 2026, 8:37 pm
IJM nafi dakwaan pengubahan wang haram, tegaskan komitmen tadbir urus dan ketelusan
January 20, 2026, 8:31 pm
Budak lima tahun maut tercekik biji rambutan di Felda Neram
January 20, 2026, 4:41 pm
‘Kami lindungi guru, anak-anak jadi keutamaan’ – Fadhlina
January 20, 2026, 3:44 pm
Tun M alami patah pinggul, pemulihan fisioterapi dijangka ambil masa panjang
January 20, 2026, 3:32 pm
Polis kesan remaja perempuan 15 tahun dilaporkan hilang di Serendah
January 20, 2026, 3:27 pm
Semua aliran sekolah wajib ambil ujian Bahasa Melayu dan Sejarah mulai tahun ini – Anwar
January 20, 2026, 3:19 pm
