Berita Berita
Dua lelaki bersenjata bawa beg 'e-hailing' rompak kedai emas di Nilai
NILAI 21 Jan – Ketenteraman sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan terusik malam tadi apabila sebuah kedai emas di premis berkenaan menjadi sasaran rompakan dua lelaki bersenjata api.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 dikesan menceroboh masuk ke dalam premis dengan memakai topi keledar penutup muka penuh serta jaket baju hujan berwarna hitam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, berkata kedua-dua suspek dikesan bersenjata pistol ketika melakukan rompakan.
"Bagaimanapun tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Setakat ini nilai kerugian masih belum dapat dipastikan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, salah seorang suspek dilihat membawa beg khidmat penghantaran barang, yang dipercayai digunakan untuk menyembunyikan barang kemas yang dilarikan sebelum mereka memecut pergi dengan motosikal yang sama.
Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan rompakan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi jaminan bahawa keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku yang terlibat dalam jenayah ini.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 9:59 am
Polis Thailand buru wanita Malaysia disyaki dalang sindiket ganja RM1.82 juta
January 20, 2026, 9:07 pm
Dakwaan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang disahkan palsu
January 20, 2026, 8:56 pm
Mayat lelaki separa reput ditemukan di ladang di Mengkarak
January 20, 2026, 8:37 pm
IJM nafi dakwaan pengubahan wang haram, tegaskan komitmen tadbir urus dan ketelusan
January 20, 2026, 8:31 pm
Budak lima tahun maut tercekik biji rambutan di Felda Neram
January 20, 2026, 5:31 pm
‘UPSR, PT3 tidak kembali, fokus Matriks Pembelajaran Malaysia’ – Fadhlina
January 20, 2026, 4:41 pm
‘Kami lindungi guru, anak-anak jadi keutamaan’ – Fadhlina
January 20, 2026, 3:44 pm
Tun M alami patah pinggul, pemulihan fisioterapi dijangka ambil masa panjang
January 20, 2026, 3:32 pm
