Berita Berita
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
KUALA LUMPUR 21 Jan – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan susulan jangkitan paru-paru.
Wee berkata, beliau dimasukkan ke hospital pada 19 Januari lalu dan kini berada di bawah pemeriksaan rapi serta rawatan lanjut yang dijangka mengambil masa kira-kira seminggu.
Menurutnya, keadaan kesihatan itu menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat buat sementara waktu dan perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
“Dalam tempoh ini juga saya tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada Tan Sri Speaker.
“Pada masa sama, saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan ke program-program yang telah dijadualkan lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan dan sokongan terhadap dirinya sepanjang menerima rawatan.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
Pendaftaran murid enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula 2027
January 21, 2026, 12:01 pm
Penunggang motosikal ditahan polis lepas aksi 'superman' tular
January 21, 2026, 11:55 am
Kecuaian pemandu punca utama kemalangan, bukan reka bentuk jalan – Nanta
January 21, 2026, 11:40 am
