Berita Berita
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
KUALA LUMPUR 21 Jan - Pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) perlu berteraskan ketelusan serta ditadbir melalui tadbir urus dan tatakelola yang baik bagi memastikan keberkesanan sistem pertahanan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen terhadap integriti dalam setiap proses perolehan aset pertahanan adalah asas penting bagi menjamin keupayaan dan kesiapsiagaan angkatan keselamatan negara.
Menurut beliau, keberkesanan dasar pertahanan tidak akan tercapai sekiranya proses perolehan masih dibelenggu kepentingan peribadi, rasuah dan amalan komisen.
“Mana mungkin kita tetapkan satu dasar pertahanan, perolehan senjata yang terbaik kalau kita masih diheret dengan kepentingan peribadi, dengan komisen, dengan kekayaan-kekayaan.
“Maka pembekuan ini diteruskan di Kementerian Pertahanan dan saya nak selaraskan juga di Kementerian Dalam Negeri, kerana beberapa persamaan atau agensi-agensi lain yang terlibat, harus melalui perubahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran DIPN di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Azhan Md Othman.
Jumaat lalu, Anwar memaklumkan semua keputusan perolehan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan yang terpalit dengan isu rasuah dibekukan sementara sehingga keseluruhan proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
Pendaftaran murid enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula 2027
January 21, 2026, 12:01 pm
Penunggang motosikal ditahan polis lepas aksi 'superman' tular
January 21, 2026, 11:55 am
Kecuaian pemandu punca utama kemalangan, bukan reka bentuk jalan – Nanta
January 21, 2026, 11:40 am
