Berita Berita
Mara siasat dakwaan penderaan kanak-kanak di taska swasta Shah Alam - Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR 21 Jan - Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan akan menjalankan siasatan menyeluruh susulan dakwaan penderaan kanak-kanak membabitkan sebuah taska swasta di Shah Alam yang mencetuskan kemarahan orang ramai selepas rakaman kejadian tular di media sosial sejak semalam.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah menerima laporan awal berhubung kes berkenaan daripada Timbalan Ketua Pengarah Mara selepas dimaklumkan oleh pempengaruh terkenal, Ariz Ramli atau Caprice.
Menurut beliau, taska terbabit merupakan syarikat yang menerima pembiayaan Mara menerusi program pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education).
“Buat masa ini terdapat dua premis di bawah pembiayaan Mara iaitu di Klang dan Bestari Jaya. Namun, kejadian yang didakwa berlaku di Kota Kemuning tidak melibatkan operator di bawah pembiayaan Mara,” katanya menerusi satu komen di Instagram Caprice.
Bagaimanapun, Asyraf Wajdi menegaskan siasatan tetap akan dijalankan secara menyeluruh kerana beliau tidak mahu Mara terus membiayai atau bekerjasama dengan mana-mana institusi yang mempunyai rekod gagal menjaga kualiti pendidikan serta keselamatan kanak-kanak.
“Saya tidak mahu Mara membiayai dan bekerjasama dengan institusi yang mempunyai rekod tidak menjaga kualiti pendidikan, apatah lagi yang melibatkan soal keselamatan dan kesejahteraan anak-anak,” tegasnya.
Beliau turut meminta orang ramai, khususnya ibu bapa yang mempunyai maklumat berkaitan dakwaan penderaan di taska terbabit supaya tampil membantu siasatan.
“Semua komen-komen di ruangan posting ini saya turut minta pengurusan Mara perhalusi dan ambil tindakan sewajarnya dengan segera,” katanya.
Terdahulu, terdapat dakwaan beberapa pengasuh di sebuah taska swasta di Shah Alam mengurung seorang kanak-kanak autisme di dalam bilik stor serta memaksa seorang bayi meminum susu dengan cara dikepit menggunakan kaki, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Rakaman kejadian itu didedahkan Caprice menerusi Instagram Munafik Hunter dan meraih lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam, selain mencetuskan desakan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengasuh dan pengurusan taska terbabit.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
Pendaftaran murid enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula 2027
January 21, 2026, 12:01 pm
Penunggang motosikal ditahan polis lepas aksi 'superman' tular
January 21, 2026, 11:55 am
Kecuaian pemandu punca utama kemalangan, bukan reka bentuk jalan – Nanta
January 21, 2026, 11:28 am
Murid masuk Tahun Satu usia enam tahun tamat sekolah menengah pada umur 16 - KPM
January 21, 2026, 10:16 am
