Berita Jenayah
Polis temui motosikal dipercayai digunakan suspek rompakan kedai emas di Nilai
NILAI 21 Jan – Polis menemukan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dua penjenayah untuk melarikan diri selepas merompak sebuah kedai emas di pasar raya dekat Bandar Baru Nilai, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru itu ditemui pagi tadi, tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Lokasi motosikal itu dijumpai di dalam longkang dengan jarak kira-kira satu kilometer dari kedai emas yang dirompak,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, Bahagian Siasatan Forensik (D10) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah dipanggil ke lokasi bagi menjalankan siasatan saintifik.
Katanya, Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK Negeri Sembilan serta Detektif Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai turut berada di lokasi untuk membantu siasatan di sekitar kawasan kejadian.
“Pihak polis masih menjalankan semakan terhadap nombor pendaftaran motosikal tersebut sama ada palsu atau sebaliknya, selain mengesan pemilik sebenar kenderaan itu,” katanya.
Semalam, media melaporkan dua lelaki berpelitup muka melarikan 15 dulang emas bernilai kira-kira RM60,000 dari sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, suspek yang menaiki motosikal dan memakai topi keledar melarikan barang kemas berkenaan menggunakan beg penghantar barang.
Johari sebelum ini dilaporkan berkata, salah seorang suspek dipercayai membawa senjata api jenis pistol, namun tiada tembakan dilepaskan dalam kejadian berkenaan.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 12:44 pm
Wanita rugi RM1.2 juta diperdaya scammer menyamar polis di Kelantan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
