Berita Berita
KPM jamin guru, bilik darjah cukup untuk terima murid enam tahun masuk darjah 1 - Fadhlina
ALOR SETAR 21 Jan - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan persediaan dari segi tenaga pengajar, bilangan sekolah serta kemudahan sedia ada adalah mencukupi bagi menyokong kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun yang akan bermula tahun hadapan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kajian terperinci sudah dilaksanakan dan mendapati keupayaan guru di sekolah yang dikenal pasti mencukupi untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.
Beliau menegaskan, pelaksanaan itu bersifat pilihan dan tidak diwajibkan kepada ibu bapa, selain hanya dijalankan di sekolah yang mempunyai kemudahan, prasarana serta sokongan bersesuaian bagi menerima murid tambahan.
"KPM telah mengenal pasti sekolah yang bersedia, selain mempunyai pelan pembinaan kelas baharu secara sistem binaan berindustri (IBS) bagi menangani isu kepadatan dengan tempoh pembinaan yang singkat.
"KPM berpengalaman melaksanakan pembinaan IBS dan lebih 100 sekolah padat di seluruh negara telah berjaya ditangani melalui kaedah ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program PAKAT Prasekolah di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Fadlina berkata KPM akan memanfaatkan sistem data dan analisis bagi menyusun unjuran keperluan guru secara lebih berkesan mengikut keperluan sebenar sekolah.
Katanya, tumpuan ketika ini adalah menyusun penempatan guru di sekolah terlibat bagi memenuhi keperluan khusus, termasuk melengkapkan kemahiran guru untuk menyokong pembelajaran murid Tahun Satu berusia enam tahun.
Sementara itu, Fadlina berkata pendidikan khas turut menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kurikulum baharu tahun hadapan yang akan menyokong sepenuhnya keperluan murid berkeperluan khas.
"Kurikulum baharu ini akan turut menyokong pendidikan khas. Kita memperkenalkan pendekatan baharu iaitu memastikan semua sekolah baru dibina dilengkapi kelas pendidikan khas.
"Isu berkaitan prasarana di sekolah lama pula akan diselesaikan secara berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada penyediaan empat prasarana utama di kelas pendidikan khas, termasuk penambahan guru serta pembantu murid bagi memperkukuh sokongan pembelajaran," katanya.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 3:39 pm
Pusat beli-belah sesuai bakal dilesenkan sebagai hab pengangkutan awam di Lembah Klang
January 21, 2026, 3:30 pm
Semua perolehan pertahanan mesti selari Dasar Industri Pertahanan Negara – PM
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
