Berita Berita
Pusat beli-belah sesuai bakal dilesenkan sebagai hab pengangkutan awam di Lembah Klang
KUALA LUMPUR 21 Jan – Kerajaan akan mengeluarkan lesen hab pengangkutan awam kepada beberapa pusat beli-belah yang dikenal pasti sesuai di Lembah Klang bagi mengurangkan kesesakan trafik serta menarik lebih ramai pelancong ke pusat bandar.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, antara lokasi terawal yang akan dilesenkan ialah Lalaport Bukit Bintang, yang menjadi tumpuan utama pelancong tempatan dan antarabangsa.
Menurut beliau, sebelum ini kebanyakan bas ekspres, khususnya bagi laluan Kuala Lumpur–Singapura, menurunkan penumpang di lokasi tidak sesuai seperti di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah dan hotel tertentu, sekali gus menimbulkan isu keselamatan serta kesesakan lalu lintas.
“Amalan ini tidak praktikal dan berbahaya kerana menambah kesesakan di kawasan yang sudah sedia padat. Namun buat masa ini, kerajaan memberi tempoh moratorium kepada pengendali bas ekspres yang berhenti di tepi jalan.
“Tiada saman akan dikeluarkan sehingga hab pengangkutan awam di Lalaport ini bersedia sepenuhnya untuk beroperasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja ke Hab Pengangkutan Lalaport bagi meninjau kemudahan dan operasi hab berkenaan.
Anthony berkata, kerajaan turut meneliti beberapa lokasi lain untuk tujuan sama termasuk IOI City Mall di Putrajaya, 1 Utama dan Sunway Pyramid.
Menurutnya, hab pengangkutan awam di pusat beli-belah penting kerana kebanyakan pelancong memilih kawasan pusat bandar sebagai destinasi utama, selain lokasi berkenaan mempunyai integrasi yang baik dengan sistem pengangkutan awam seperti LRT dan monorel.
“Sekiranya bas ekspres hanya berhenti di terminal utama seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Terminal Bersepadu Gombak, ia agak jauh dan kurang sesuai untuk pelancong.
“Hab pengangkutan awam di pusat beli-belah menawarkan kemudahan lebih praktikal kerana akses terus kepada pengangkutan rel serta kemudahan lain,” katanya.
Hab Pengangkutan Lalaport dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Sistem Tiket Berpusat (CTS), 11 petak bas melibatkan enam petak pelepasan dan lima petak ketibaan, selain akses kepada stesen LRT dan monorel.
Bagaimanapun, Loke menegaskan sebelum lesen dikeluarkan, pemilik bangunan dan pengendali perlu memastikan semua kemudahan dinaik taraf bagi menjamin kelancaran operasi serta keselesaan pengguna.
“Pembangunan terminal bas yang tersusun dan bersepadu penting bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam beroperasi secara selamat, cekap dan selesa, selain menyokong agenda mobiliti mampan serta pertumbuhan sektor pelancongan negara,” katanya.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 3:30 pm
Semua perolehan pertahanan mesti selari Dasar Industri Pertahanan Negara – PM
January 21, 2026, 3:27 pm
KPM jamin guru, bilik darjah cukup untuk terima murid enam tahun masuk darjah 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
