Berita Berita
Semua perolehan pertahanan mesti selari Dasar Industri Pertahanan Negara – PM
KUALA LUMPUR 21 Jan – Semua perolehan kerajaan ketika ini perlu dilaksanakan selaras dengan strategi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), dibuat secara telus serta mengelakkan sebarang unsur kecurangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor pertahanan negara termasuk angkatan bersenjata dan pasukan keselamatan perlu sentiasa berpandukan strategi kesiapsiagaan bagi menjamin keamanan negara.
Menurut beliau, amalan lama yang boleh merosakkan industri pertahanan dan menjejaskan kepentingan negara tidak lagi boleh diteruskan.
“DIPN yang kita luncurkan pagi ini adalah satu keperluan yang sangat mendesak. Sebab itu saya menegaskan semula bahawa semua keputusan perolehan mesti berpaksikan tonggak yang telah digariskan dan dihuraikan lanjut oleh Menteri Pertahanan.
“Pembekuan (amalan lama) ini diteruskan di Kementerian Pertahanan dan saya mahu ia turut diselaraskan di Kementerian Dalam Negeri kerana terdapat beberapa persamaan serta penglibatan agensi lain.
“Semua perkara ini mesti melalui kerangka DIPN sebelum sebarang perubahan dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Anwar menegaskan, setiap keputusan berkaitan perolehan pertahanan perlu dibuat secara berhemah, berintegriti dan berpaksikan kepentingan keselamatan negara, selain memacu pembangunan industri pertahanan tempatan.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 3:39 pm
Pusat beli-belah sesuai bakal dilesenkan sebagai hab pengangkutan awam di Lembah Klang
January 21, 2026, 3:27 pm
KPM jamin guru, bilik darjah cukup untuk terima murid enam tahun masuk darjah 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
