Berita Jenayah
Polis kenal pasti dua individu disyaki palsukan dokumen pendaftaran pemain warisan FAM
KUALA LUMPUR 21 Jan – Polis mengenal pasti dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemalsuan dokumen berkaitan pendaftaran tujuh pemain warisan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikemukakan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya kini dalam usaha mengesahkan identiti sebenar serta mengesan kedua-dua individu berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.
“Setakat ini, polis menerima 45 laporan berkaitan isu berkenaan termasuk satu laporan yang dibuat oleh FAM sendiri.
“Kita juga telah merakam percakapan seramai 43 individu membabitkan pegawai FAM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta saksi awam bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Rusdi, siasatan awal mendapati proses pemberian taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu dilaksanakan secara teratur serta mematuhi semua prosedur undang-undang sedia ada.
Bagaimanapun, katanya, siasatan kini menumpukan kepada unsur penipuan dan pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, khususnya semasa proses pendaftaran dan pengemukaan dokumen pemain terbabit kepada FIFA.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
“Polis komited memastikan siasatan dijalankan secara telus dan berintegriti bagi menjamin keadilan tanpa melindungi mana-mana pihak,” katanya.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
