Berita Berita
Kemasukan Tahun 1 usia enam tahun bukan 'eksperimen' - Fadhlina
KUALA LUMPUR 22 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan keputusan membenarkan kemasukan murid ke Tahun 1 pada usia enam tahun dibuat selepas melalui pelbagai sesi libat urus dan perbincangan menyeluruh, bukan dilaksanakan secara tergesa-gesa atau bersifat eksperimen.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dasar berkenaan juga tidak bertujuan menjadikan kanak-kanak sebagai ‘tikus makmal’, sebaliknya telah dibincangkan secara mendalam termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
"Soal libat urus itu semua sudah berlaku. Contohnya dalam Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara, kita ada portal cadangan pendidikan masa hadapan.
"Pelbagai sesi libat urus di peringkat akar umbi yang menjurus kepada isu pendidikan awal ini (juga dijalankan) dan penekanan kepada apa yang kita hasrat," katanya sewaktu sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang bertanyakan sama ada kemasukan murid ke Tahun 1 pada usia enam tahun sudah melalui sesi libat urus termasuk dengan guru, serta mengapa dasar itu tidak dilaksanakan secara percubaan terlebih dahulu.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM tidak berhasrat menjadikan dasar berkenaan sebagai projek rintis, sebaliknya memilih pelaksanaan secara berfasa, sukarela dan disokong oleh mekanisme diagnostik.
"Mekanismenya mesti melalui proses diagnostik dan ada sokongan emosi psikososial. Disebabkan itu, kita tidak akan tinggalkan anak-anak ini begitu sahaja.
"Ia mesti disokong oleh ujian diagnostik itu, kemudian mesti ada sokongan psikososial kepada kanak-kanak ini kerana ini adalah satu keadaan yang baru untuk mereka.
"Saya tidak fikir apa yang kita hasratkan ini tergesa-gesa ataupun kita tidak melibatkan semua pihak.
"Yang kita hasratkan ketika ini adalah memastikan hak kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh," katanya.
Menurut beliau, dasar itu juga memberi penekanan kepada pembelajaran asas mengikut tahap perkembangan murid dan bukan bertujuan mempercepatkan pencapaian akademik.
"Kanak-kanak yang bersedia sahaja yang kita akan sambut menerusi ujian diagnostik ini.
"Kita melihat kesediaan itu harus melalui proses melihat kepada emosi, kognitif dan kemahiran mereka yang telah bersedia," katanya.
l
Berita berkaitan
January 22, 2026, 3:32 pm
Beberapa kementerian dalam radar SPRM babit ketirisan perolehan - Azam Baki
January 22, 2026, 3:22 pm
SPRM tahan 'Tan Sri' disyaki scam duit pelabur lebih RM300 juta
January 22, 2026, 2:29 pm
'143 negara dah lama laksana Tahun Satu pada usia enam tahun' - Nurul Izzah
January 22, 2026, 2:18 pm
PN terus berteka-teki mengenai pelantikan pengerusi baharu
January 22, 2026, 2:09 pm
Lelaki menyamar polis ditahan, ugut remaja di Batu Berendam
January 22, 2026, 2:01 pm
Penjawat awam mula terima kenaikan gaji Fasa Kedua SSPA bermula hari ini
January 22, 2026, 12:22 pm
Pelajar UiTM perkasa literasi komunikasi murid luar bandar menerusi program PR Cilik
January 22, 2026, 12:07 pm
Inkues Zara Qairina: Jumpa bukti baharu, mahkamah panggil semula bekas ketua warden
January 22, 2026, 12:06 pm
