TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Beberapa kementerian dalam radar SPRM babit ketirisan perolehan - Azam Baki

By
|
Kongsi
image

 

KOTA BHARU 22 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tumpuan terhadap beberapa kementerian yang dikenal pasti berdepan isu berkaitan perolehan, khususnya melibatkan ketirisan dana awam.

Tanpa mendedahkan kementerian terbabit, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata hasil pemantauan mendapati terdapat kelemahan dalam aspek perolehan yang perlu diberi perhatian segera.

Beliau berkata, isu berkaitan perolehan yang membabitkan ketirisan adalah penting.

"Saya akan lakukan tindakan agresif ini kerana ia adalah tanggungjawab agensi (SPRM) untuk menyelamatkan duit negara.

"Fasa 'cuci pinggan mangkuk' SPRM ini kami lakukan sejak 2009 lagi dengan melakukan pembersihan (rasuah)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di Grand Riverview Hotel di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi Kementerian Pertahanan pintu sudah dibuka oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Saya menyambut baik dan hantar pegawai ke sana. Kami hanya nak membantu mengenai isu perolehan membabitkan ketirisan," katanya.

 

+ - reset