Berita Berita
Lelaki menyamar polis ditahan, ugut remaja di Batu Berendam
Melaka 22 Jan – Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis dan mengugut remaja perempuan untuk memenuhi kehendak seksual di kawasan Batu Berendam, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan dibuat pada kira-kira 6.30 petang, Selasa lalu, manakala kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira 2 pagi, 18 Januari lalu.
Mangsa, 17 tahun, yang bekerja sebagai juruwang pasar raya, dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Jalan Datuk Seri Haji Mohd Zain, Cheng, dipercayai dihentikan oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Suspek dikatakan mengambil gambar kad pengenalan mangsa, memeriksa telefon bimbitnya, dan menekan butang ‘follow’ pada aplikasi TikTok milik suspek sendiri.
Suspek juga didakwa meminta mangsa memuaskan nafsunya dengan ugutan saman, namun mangsa berjaya meninggalkan lokasi.
Hasil siasatan awal mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, tetapi polis berjaya mengesan dan menahan suspek pada Isnin lalu selepas menerima laporan daripada pengadu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan (menyamar sebagai penjawat awam).
Sebelum ini, media melaporkan kes berkenaan tular di media sosial, dengan dakwaan seorang lelaki menyamar sebagai anggota Skuad 42 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mensasarkan wanita di Batu Berendam.
Berita berkaitan
March 14, 2026, 4:46 pm
'Kenapa saya nak lari? Saya ada buat salah apa?' - Zamri Vinoth
March 14, 2026, 9:31 am
KWSP hak pencarum, bukan bantuan kerajaan – PGIRM
March 14, 2026, 9:25 am
UMNO Sungai Buloh alu-alukan hasrat Khairy kembali sertai parti
March 14, 2026, 9:18 am
Kerajaan mungkin perlu tanggung subsidi RON95 hingga RM4 bilion - Rafizi
March 14, 2026, 9:11 am
Fadhlina gesa penyebar fitnah lokasi sesi libat urus tampil mohon maaf
March 14, 2026, 9:04 am
Jabatan Mufti Pahang nafi surat tular waktu solat Aidilfitri
March 14, 2026, 1:07 am
Polis sahkan Zamri Vinoth, Tamim Dahri larikan diri ke Thailand
March 13, 2026, 10:15 pm
Mahkamah arah Yayasan Kubra henti roboh kuil Hindu di Rawang
March 13, 2026, 6:33 pm
