Berita Berita
Penjawat awam mula terima kenaikan gaji Fasa Kedua SSPA bermula hari ini
KUALA LUMPUR 22 Jan – Penjawat awam mula menikmati kenaikan gaji baharu bagi Fasa Kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai hari ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berharap pelaksanaan kenaikan gaji berkenaan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan awam yang berterusan.
“Alhamdulillah, seperti mana janji Kerajaan MADANI, hari ini, 22 Januari 2026 merupakan tarikh kenaikan gaji baharu bagi Fasa Kedua di bawah SSPA.
“Saya berharap penerimaan gaji baharu ini memberi sedikit kelegaan. Berbelanjalah secara berhemah dan disarankan untuk membuat simpanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut beliau, penjawat awam yang memilih SSPA menerima pelarasan gaji Fasa Kedua bermula pembayaran gaji bulan Januari, dengan kadar kenaikan dikira berdasarkan gaji akhir pada 31 Disember 2025.
Walaupun pelarasan gaji itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, pembayaran dibuat hari ini selaras dengan tarikh pembayaran gaji bagi bulan berkenaan.
Pelarasan gaji Fasa Kedua merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar kenaikan keseluruhan sebanyak 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P), serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).
Di bawah Fasa Kedua, Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi menerima pelarasan sebanyak tiga peratus.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember 2024, yang disifatkan antara tertinggi dalam sejarah negara, sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan perkhidmatan awam Kerajaan MADANI.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 10:44 pm
15 tahun tunggu 'flyover', penduduk Alam Budiman bawa enam kubur tepi jalan simbolik tuntut penyelesaian
October 23, 2026, 10:23 pm
Sampai hati ibu! Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemui dalam tong sampah apartmen
October 23, 2026, 10:05 pm
Murid Tahun Satu maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 PPR ketika main basikal
October 23, 2026, 5:17 pm
'Jutaan pencarum berhak tahu' - PGIRM desak KWSP jelaskan dakwaan 'tak cukup duit'
October 23, 2026, 4:00 pm
2027 tahun penting buat KPM, kurikulum baharu bakal dilaksana, jadikan sekolah lebih selamat
October 23, 2026, 3:52 pm
DUN Sarawak bubar bermula Isnin 26 Oktober ini
October 23, 2026, 3:34 pm
TuJu ganti Waze: 'Takpalah jalan jauh sikit, daripada serah maklumat kepada Israel"- Anwar
October 23, 2026, 2:36 pm
Tangki helium meletup ketika kerja kimpalan, lelaki maut di kilang barang lusuh di Kajang
October 23, 2026, 2:22 pm
Ahli PN digesa sokong calon BN pada PRN Melaka – Takiyuddin
October 23, 2026, 1:57 pm
