Berita Berita
SPRM tahan 'Tan Sri' disyaki scam duit pelabur lebih RM300 juta
KOTA BHARU 22 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempergiat siasatan terhadap satu skim pelaburan berskala besar yang dipercayai mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit, susulan penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri sejak semalam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika mengesahkan perkara itu berkata suspek lelaki berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam berkenaan ditahan selepas tiba di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya, semalam.
Katanya, SPRM memperoleh kebenaran perintah reman selama empat hari terhadap suspek itu di mahkamah Putrajaya, pagi tadi, bagi membantu siasatan lanjut.
Selain itu, beliau berkata, SPRM turut menahan seorang wanita yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin, untuk membantu siasatan kes sama.
"Kita mendapat maklumat bahawa Tan Sri berusia 60-an itu dan seorang wanita berumur 50-an yang memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pelaburan, disyaki terbabit penipuan pelabur berskala besar.
"Ramai pelabur dari serata negara dilaporkan kehilangan ratusan juta ringgit. Malah, kita menganggarkan kerugian dialami pelabur itu mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.
"Pelaburan dipercayai didalangi dua suspek berkenaan adalah pelbagai dengan dijanjikan pulangan yang lumayan," katanya kepada pemberita pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Azam menasihati orang ramai supaya tidak mudah terjebak dengan kegiatan pelaburan yang akhirnya terpaksa menanggung kerugian.
Berita berkaitan
January 22, 2026, 5:03 pm
'Tiada 'kolaborasi agung' selagi UMNO bersama dengan DAP' - Muhyiddin
January 22, 2026, 3:32 pm
Beberapa kementerian dalam radar SPRM babit ketirisan perolehan - Azam Baki
January 22, 2026, 2:29 pm
'143 negara dah lama laksana Tahun Satu pada usia enam tahun' - Nurul Izzah
January 22, 2026, 2:18 pm
PN terus berteka-teki mengenai pelantikan pengerusi baharu
January 22, 2026, 2:09 pm
Lelaki menyamar polis ditahan, ugut remaja di Batu Berendam
January 22, 2026, 2:01 pm
Penjawat awam mula terima kenaikan gaji Fasa Kedua SSPA bermula hari ini
January 22, 2026, 1:36 pm
Kemasukan Tahun 1 usia enam tahun bukan 'eksperimen' - Fadhlina
January 22, 2026, 12:22 pm
Pelajar UiTM perkasa literasi komunikasi murid luar bandar menerusi program PR Cilik
January 22, 2026, 12:07 pm
