TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 Jan - Seorang pemandu mabuk ditahan selepas kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya merempuh palang keselamatan di Pintu 2, Istana Negara, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika pemandu berusia 21 tahun itu dalam perjalanan dari arah Bukit Damansara.

Menurut beliau, semasa tiba di Jalan Changkat Semantan, kenderaan terbabit dipercayai merempuh bollard pole dan palang keselamatan di pintu masuk Istana Negara.

“Kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan. Namun, ia menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kereta serta bollard pole dan palang keselamatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, ujian pernafasan yang dijalankan mendapati kandungan alkohol dalam badan pemandu itu adalah 166 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter darah, melebihi had yang dibenarkan.

Tambah beliau, polis turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta merakam percakapan pemandu terbabit.

Katanya, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan arahan telah diperoleh supaya suspek dituduh mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk dituduh pagi ini,” katanya.

+ - reset