Berita Berita
PDRM sedia kawalan keselamatan tahap tertinggi sebaik geng 'Kapten Praba' tiba dari Mumbai
KUALA LUMPUR 27 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga melaksanakan kawalan keselamatan tahap tertinggi susulan kepulangan tiga penjenayah warga Malaysia yang ditahan di Mumbai, India, dan dijangka dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Sumber memaklumkan, seramai 10 pegawai dan anggota PDRM akan mengiringi ketiga-tiga individu terbabit sebaik proses ekstradisi selesai, sebelum mereka diterbangkan pulang ke Malaysia.
Difahamkan, ketiga-tiga penjenayah itu kini ditempatkan di bawah ‘pengawasan keselamatan tahap tinggi’ di sebuah bilik khas di lapangan terbang sebelum diserahkan kepada pihak PDRM.
"Sekiranya tiada halangan, mereka (tiga penjenayah) dijangka dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun bergantung kepada situasi semasa di Mumbai.
"Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semua mereka akan dikawal dengan pengawasan pihak polis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
"Selepas proses dokumentasi, pihak polis akan membawa mereka ke Mahkamah Majistret Sepang untuk tindakan lanjut," katanya kepada BH, hari ini.
Menurut sumber itu, tahap kawalan keselamatan tertinggi dilaksanakan berikutan risiko serta ancaman serius yang mungkin timbul susulan penahanan suspek terbabit, yang dikenal pasti sebagai pemimpin kanan atau ahli kumpulan Kapten Praba.
Beliau berkata, selain mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan ahli kumpulan Geng 24, ketiga-tiga penjenayah itu juga dipercayai mempunyai musuh yang menyimpan dendam terhadap mereka akibat kegiatan jenayah lampau.
Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada Ahad lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA), Mumbai, selepas diusir dari United Kingdom (UK).
Berita berkaitan
January 27, 2026, 9:35 pm
Hasutan boikot bayaran zakat jejaskan kebajikan asnaf – MAIS
January 27, 2026, 9:21 pm
Syarikat pendidikan Islam fail saman fitnah libatkan isu buli
January 27, 2026, 9:06 pm
Kes kebakaran terbuka meningkat hampir 300 peratus hingga akhir Januari
January 27, 2026, 9:00 pm
Polis minta waris bantu kenal pasti mayat lelaki tanpa identiti di Sungai Petani
January 27, 2026, 8:55 pm
Abdul Hadi dakwa tindakan undang-undang rasuah masih lemah
January 27, 2026, 5:47 pm
'Tak semua kuil dibina secara tidak sah, majoriti ada sejarah sejak zaman British' - Thiban
January 27, 2026, 5:18 pm
RM10 juta geran bantu 5,000 pemilik tukar kenderaan lama, fokus jenama nasional - Anthony
January 27, 2026, 3:44 pm
