Berita Berita
Abdul Hadi dakwa tindakan undang-undang rasuah masih lemah
KUALA LUMPUR 27 Jan – Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa tindakan undang-undang terhadap jenayah rasuah di negara ini masih lemah dan dilaksanakan secara terpilih.
Presiden Pas itu berkata, tindakan sering hanya dikenakan terhadap pihak yang menerima rasuah, manakala pihak yang memberi rasuah serta orang tengah tidak dikenakan tindakan sewajarnya.
“Sepatutnya tindakan diambil terhadap ketiga-tiga pihak iaitu yang memberi rasuah, menerima rasuah dan orang tengah. Apa yang berlaku, tindakan hanya kepada yang terima rasuah, manakala yang menyogok dan orang tengah tidak dikenakan tindakan,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Abdul Hadi mendakwa terdapat kemungkinan pegawai tertentu dijadikan kambing hitam oleh pihak atasan dalam kes rasuah kerana tidak berani berterus terang.
Menurutnya, terdapat pihak yang sebenar-benarnya terlibat terselamat, manakala pegawai bawahan terpaksa menanggung akibat.
“Sebab itu saya meragui pendedahan yang hanya menyebut nama pegawai. Bukan dalam tentera sahaja, malah melibatkan pelbagai jawatan. Mungkin ada pihak besar di belakang yang tidak didedahkan,” dakwanya.
Abdul Hadi turut membangkitkan kegagalan pelaksanaan beberapa projek kerajaan termasuk pembinaan hospital dan perolehan aset pertahanan, yang menurutnya berpunca daripada ketirisan peruntukan.
Beliau menggunakan analogi ‘beruk dan kera berebut sebiji pisang’ bagi menggambarkan situasi tersebut, dengan mendakwa sebahagian besar peruntukan diambil oleh pihak tertentu sebelum projek dilaksanakan.
“Apabila peruntukan sampai ke peringkat pelaksanaan, hanya tinggal sedikit. Sebab itu projek gagal, hospital tidak siap dan aset pertahanan tidak dapat diperoleh seperti dirancang,” katanya.
Menurut beliau, walaupun bajet diluluskan mencukupi setiap tahun, peruntukan tersebut berkurangan akibat potongan tidak wajar di pelbagai peringkat.
“Duit habis di tengah jalan, ada yang ambil 10 peratus, lima peratus di sekatan tertentu, menyebabkan akhirnya bajet tidak mencukupi. Ini kelemahan yang berlaku,” katanya.
Beliau turut mendakwa penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara terpilih apabila individu atau pihak yang menyokong kerajaan tidak dikenakan tindakan, manakala pihak lain berdepan tindakan undang-undang.
Berita berkaitan
January 27, 2026, 9:35 pm
Hasutan boikot bayaran zakat jejaskan kebajikan asnaf – MAIS
January 27, 2026, 9:21 pm
Syarikat pendidikan Islam fail saman fitnah libatkan isu buli
January 27, 2026, 9:06 pm
Kes kebakaran terbuka meningkat hampir 300 peratus hingga akhir Januari
January 27, 2026, 9:00 pm
Polis minta waris bantu kenal pasti mayat lelaki tanpa identiti di Sungai Petani
January 27, 2026, 7:27 pm
PDRM sedia kawalan keselamatan tahap tertinggi sebaik geng 'Kapten Praba' tiba dari Mumbai
January 27, 2026, 5:47 pm
'Tak semua kuil dibina secara tidak sah, majoriti ada sejarah sejak zaman British' - Thiban
January 27, 2026, 5:18 pm
RM10 juta geran bantu 5,000 pemilik tukar kenderaan lama, fokus jenama nasional - Anthony
January 27, 2026, 3:44 pm
