Berita Berita
Polis minta waris bantu kenal pasti mayat lelaki tanpa identiti di Sungai Petani
SUNGAI PETANI 27 Jan – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri yang ditemui meninggal dunia di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata mayat individu berkenaan dipercayai seorang gelandangan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.
Menurutnya, lelaki terbabit dianggarkan berusia lingkungan 40-an berdasarkan pemerhatian luaran dan bentuk fizikal.
“Panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 4.30 petang. Orang ramai atau waris yang mengenali mangsa diminta tampil bagi membantu proses pengecaman dan urusan selanjutnya,” katanya.
Hanyan berkata, identiti serta bangsa lelaki berkenaan masih belum dapat dikenal pasti setakat ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 11 saat memaparkan anggota polis mengawal lalu lintas berhampiran lokasi seorang lelaki yang dipercayai rebah di tepi jalan dekat sebuah pasar raya di kawasan berkenaan.
Lelaki terbabit disyaki gelandangan memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa.
Berita berkaitan
January 27, 2026, 9:35 pm
Hasutan boikot bayaran zakat jejaskan kebajikan asnaf – MAIS
January 27, 2026, 9:21 pm
Syarikat pendidikan Islam fail saman fitnah libatkan isu buli
January 27, 2026, 9:06 pm
Kes kebakaran terbuka meningkat hampir 300 peratus hingga akhir Januari
January 27, 2026, 8:55 pm
Abdul Hadi dakwa tindakan undang-undang rasuah masih lemah
January 27, 2026, 7:27 pm
PDRM sedia kawalan keselamatan tahap tertinggi sebaik geng 'Kapten Praba' tiba dari Mumbai
January 27, 2026, 5:47 pm
'Tak semua kuil dibina secara tidak sah, majoriti ada sejarah sejak zaman British' - Thiban
January 27, 2026, 5:18 pm
RM10 juta geran bantu 5,000 pemilik tukar kenderaan lama, fokus jenama nasional - Anthony
January 27, 2026, 3:44 pm
