Berita Berita
Hasutan boikot bayaran zakat jejaskan kebajikan asnaf – MAIS
KUALA LUMPUR 27 Jan - Tindakan menghasut umat Islam supaya memboikot bayaran zakat susulan isu pencerobohan tanah perkuburan Islam di PJS4 disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan berpotensi menjejaskan kesejahteraan golongan asnaf di Selangor.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, tindakan berkenaan dikesan tular di media sosial apabila terdapat gesaan supaya orang ramai tidak membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta menghentikan pelaksanaan wakaf di negeri ini.
Menurutnya, muat naik seorang pengguna media sosial Threads pada Isnin itu hanya mengelirukan masyarakat Islam.
“Maklum balas yang diterima dalam hantaran berkenaan jelas mengandungi unsur hasutan yang boleh memberi kesan negatif kepada sistem pengurusan zakat dan wakaf di Selangor.
“Tindakan sebegini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah berpotensi menjejaskan hak lapan golongan asnaf yang bergantung kepada bantuan hasil kutipan zakat serta merencatkan usaha membangunkan dan memajukan harta wakaf,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Salehuddin menjelaskan, LZS berperanan mengurus, mengutip dan mengagihkan zakat secara sistematik bagi meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi asnaf, manakala Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pula bertanggungjawab mengurus serta membangunkan harta wakaf demi kepentingan berterusan umat Islam.
Beliau menegaskan, isu pencerobohan tanah perkuburan Islam di PJS4 berada di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor dan tindakan penguatkuasaan sedang dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.
“MAIS sentiasa memantau sebarang pencerobohan melibatkan tapak masjid, surau dan institusi agama Islam.
“Sekiranya tanah terbabit merupakan tanah kerajaan negeri yang diwartakan bagi maksud awam, MAIS akan bekerjasama dengan kerajaan Selangor serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, tuduhan atau menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan isu berkenaan.
“Sebarang maklumat lanjut dan pengesahan hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi pihak berkuasa berkaitan,” tegasnya.
Berita berkaitan
January 27, 2026, 11:23 pm
Ibu terlupa hantar ke pengasuh, budak 2 tahun maut tertinggal dalam kereta hampir 9 jam
January 27, 2026, 9:21 pm
Syarikat pendidikan Islam fail saman fitnah libatkan isu buli
January 27, 2026, 9:06 pm
Kes kebakaran terbuka meningkat hampir 300 peratus hingga akhir Januari
January 27, 2026, 9:00 pm
Polis minta waris bantu kenal pasti mayat lelaki tanpa identiti di Sungai Petani
January 27, 2026, 8:55 pm
Abdul Hadi dakwa tindakan undang-undang rasuah masih lemah
January 27, 2026, 7:27 pm
PDRM sedia kawalan keselamatan tahap tertinggi sebaik geng 'Kapten Praba' tiba dari Mumbai
January 27, 2026, 5:47 pm
'Tak semua kuil dibina secara tidak sah, majoriti ada sejarah sejak zaman British' - Thiban
January 27, 2026, 5:18 pm
