Berita Berita
Harga purata rumah di Malaysia cecah RM490,376 seunit - KPKT
KUALA LUMPUR 28 Jan - Harga purata rumah di Malaysia setakat separuh tahun pertama tahun lalu direkodkan pada RM490,376 seunit apabila Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) berada pada paras 227.3 mata.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata data itu berdasarkan laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) yang digunakan sebagai penunjuk pergerakan harga rumah di negara ini.
Beliau menjelaskan, IHRM mengukur perubahan purata harga rumah dari semasa ke semasa berbanding tahun asas yang ditetapkan pada nilai 100, iaitu tahun 2010.
“Indeks ini tidak menunjukkan harga rumah secara mutlak, sebaliknya menggambarkan arah dan kadar perubahan harga rumah sama ada meningkat, menurun atau stabil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Aiman Athirah menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berhubung langkah kerajaan dalam mengawal kenaikan mendadak harga rumah yang memberi kesan kepada kemampuan rakyat untuk memiliki kediaman.
Menurut beliau, KPKT sentiasa cakna terhadap isu peningkatan harga rumah yang berpotensi menjejaskan kebolehmilikan rakyat terhadap rumah yang selamat, berkualiti dan bersesuaian dengan pendapatan.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menetapkan siling harga RM300,000 menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik Negara bagi memastikan harga kediaman kekal terkawal dan tidak membebankan rakyat.
Selain itu, KPKT turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah, berpandukan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2024.
“Pemetaan ini menjadi rujukan penting dalam penetapan harga rumah di sesuatu lokaliti dan boleh diakses melalui papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO),” katanya.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:25 pm
ETS beroperasi 24 jam secara bermusim mulai Tahun Baharu Cina
January 28, 2026, 2:20 pm
Pemandu e-hailing cedera dipercayai dipukul penumpang warga China di Nilai
January 28, 2026, 1:37 pm
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM letak jawatan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta
January 28, 2026, 12:41 pm
Tiga ahli geng 'Kapten Praba' tiba di KLIA, akan dibawa ke Mahkamah Sepang untuk reman
January 28, 2026, 11:42 am
Teo Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika jadi Timbalan Menteri Pendidikan
January 28, 2026, 11:00 am
