Berita Berita
KDN tidak dedah maklumat siasatan serangan terhadap anak Rafizi di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 28 Jan – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan mendedahkan secara terbuka maklumat berkaitan siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, di Dewan Rakyat.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahan secara terbuka dikhuatiri boleh mengganggu proses pengesanan suspek selain menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting.
“Mengenai permintaan untuk mengesahkan maklumat berkaitan siasatan serangan ke atas anak YB Pandan secara terbuka, saya ingin menjelaskan bahawa pengesahan sedemikian dikhuatiri akan mengganggu proses mengesan suspek serta boleh menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting.
“Justeru, permintaan tersebut tidak dapat dilaksanakan,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Rafizi yang meminta Menteri Dalam Negeri mengesahkan secara terbuka beberapa maklumat yang disampaikan secara peribadi kepadanya pada 1 Disember 2025 berhubung hasil siasatan pihak berkuasa mengenai dalang di sebalik serangan terhadap anaknya.
Serangan itu dilaporkan berlaku pada 13 Ogos 2025.
Dalam pada itu, Saifuddin memberi jaminan bahawa KDN akan memastikan keadilan ditegakkan tanpa sebarang kompromi.
“Sebarang perkembangan lanjut yang boleh didedahkan kepada umum tanpa menjejaskan siasatan akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi KDN atau Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Dalam kejadian berkenaan, anak lelaki tunggal Rafizi yang berusia 12 tahun diserang oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
PDRM sebelum ini memaklumkan seramai 19 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk ahli keluarga, pemandu dan pekerja Rafizi serta pihak pengurusan premis terlibat.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut diteliti, namun imej diperoleh didapati tidak begitu jelas dan setakat ini masih belum dapat mengenal pasti suspek.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 1:04 pm
Harga purata rumah di Malaysia cecah RM490,376 seunit - KPKT
January 28, 2026, 12:41 pm
Tiga ahli geng 'Kapten Praba' tiba di KLIA, akan dibawa ke Mahkamah Sepang untuk reman
January 28, 2026, 11:42 am
Teo Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika jadi Timbalan Menteri Pendidikan
January 28, 2026, 10:54 am
Kerajaan digesa nilai semula penganjuran sambutan Hari Pekerja Pelancongan di Bukit Bintang
January 28, 2026, 10:47 am
Lori bergerak sendiri rempuh lima kenderaan di Kajang
January 28, 2026, 10:44 am
18 kenderaan rentung dalam kebakaran belukar berhampiran masjid di Johor Bahru
January 28, 2026, 10:43 am
Sultan Selangor larang nazir dan AJK masjid terbabit politik kepartian
January 28, 2026, 10:37 am
Gerai burger jatuh dari lori, penunggang motosikal cedera di Kamunting
January 28, 2026, 9:45 am
