Berita Berita
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM letak jawatan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta
KUALA LUMPUR 28 Jan - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata keputusan berkenaan dibuat secara sebulat suara oleh barisan Jawatankuasa Eksekutif dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi, tanpa dipengaruhi sebarang kepentingan atau jawatan peribadi.
Menurut beliau, langkah itu diambil sebagai tindakan berhemah dan berprinsip susulan situasi semasa yang mencuri perhatian umum serta demi memastikan tadbir urus persatuan kekal berintegriti.
“Jawatankuasa Eksekutif mengambil tanggungjawab secara bersama dan berpandangan bahawa tindakan ini perlu bagi melindungi integriti serta kredibiliti FAM,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan, keputusan berkenaan mencerminkan komitmen kepimpinan FAM untuk mendahulukan kepentingan bola sepak negara berbanding kedudukan individu.
FAM dijangka mengumumkan langkah seterusnya dalam masa terdekat bagi memastikan kelangsungan pengurusan dan operasi persatuan berjalan lancar selaras dengan peruntukan perlembagaan sedia ada.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 4:14 pm
Ops Jack Sparrow: Tiga suspek utama dihadapkan ke mahkamah
January 28, 2026, 4:05 pm
JAIS nafi tanggung kos roboh tanah diceroboh di PJS4
January 28, 2026, 3:55 pm
Anggota bomba melecur kaki ketika padam kebakaran di Bandar Penawar
January 28, 2026, 3:36 pm
Cadangan hadkan motosikal di lebuh raya akan dinilai secara menyeluruh - Anthony Loke
January 28, 2026, 3:16 pm
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:25 pm
ETS beroperasi 24 jam secara bermusim mulai Tahun Baharu Cina
January 28, 2026, 2:20 pm
