Berita Berita
Hanya 30 ladang ternakan babi masih beroperasi di Tanjung Sepat
SHAH ALAM 30 Jan – Hanya kira-kira 30 daripada 115 ladang ternakan babi masih beroperasi di Tanjung Sepat, Kuala Langat dan kini dalam proses pengosongan secara besar-besaran susulan penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF).
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, tindakan tegas itu diambil selepas kawasan berkenaan dikesan positif penyakit ASF sekali gus memerlukan langkah kawalan segera dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Menurut beliau, ladang-ladang yang masih bebas daripada wabak tersebut diberikan tempoh terhad untuk proses pengosongan dan tiada lanjutan masa akan dibenarkan.
“Sebelum ini terdapat 115 ladang di kawasan itu, namun kini hanya sekitar 30 ladang yang masih beroperasi dan semuanya akan dikosongkan,” katanya ketika ditemui di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, petang ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Izham berkata kerajaan Selangor sebelum ini turut membatalkan sementara cadangan pembangunan ladang ternakan babi berskala baharu di Bukit Tagar, Hulu Selangor bagi memberi ruang kepada pencarian lokasi alternatif yang lebih sesuai untuk penternakan moden.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan langkah pengosongan itu bukan bertujuan mengharamkan industri ternakan babi di negeri ini, sebaliknya bagi memastikan pengurusan industri tersebut dilaksanakan secara lebih sistematik, terkawal dan lestari.
Berita berkaitan
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 4:01 pm
Polis panggil tujuh saksi bantu siasatan kes budak 2 tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban
January 30, 2026, 3:42 pm
Wanita beri alasan beli makanan sebelum lari tinggalkan anak dengan jiran di Semenyih
January 30, 2026, 3:22 pm
