Berita Berita
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
PUTRAJAYA 30 Jan – Wakil sekolah daripada pelbagai aliran pendidikan termasuk Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menyatakan penerimaan positif terhadap hasrat kerajaan mewajibkan pengambilan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, pertemuan telah diadakan minggu ini bersama wakil pelbagai pihak termasuk sekolah antarabangsa, Maahad Tahfiz serta Dong Zong yang turut membincangkan isu berkaitan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
“Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa pertemuan tersebut berjalan dengan sangat baik dan terdapat penyelarasan terhadap hasrat kerajaan, yang diterima baik oleh semua pihak terlibat,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Fahmi berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pula akan mengadakan pertemuan susulan bagi meneliti aspek laluan kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
“Selepas perbincangan di peringkat KPM dan KPT, satu kenyataan susulan akan dikeluarkan. Buat masa ini, maklum balas kepada Jemaah Menteri menunjukkan beberapa tindakan sedang diambil,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 mengumumkan bahawa semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama dan sekolah dalam aliran UEC diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.
Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu dijangka merungkai kontroversi berkaitan isu Bahasa Melayu serta menamatkan polemik berhubung syarat kemasukan ke universiti awam pada masa hadapan.
Berita berkaitan
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
Hanya 30 ladang ternakan babi masih beroperasi di Tanjung Sepat
January 30, 2026, 4:01 pm
Polis panggil tujuh saksi bantu siasatan kes budak 2 tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban
January 30, 2026, 3:42 pm
Wanita beri alasan beli makanan sebelum lari tinggalkan anak dengan jiran di Semenyih
January 30, 2026, 3:22 pm
