TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 30 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan berunsur fitnah yang tular di platform TikTok menerusi satu akaun yang menuduh agensi itu mengeluarkan “saman palsu”.

SPRM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, hantaran berkenaan mengandungi tohmahan tidak benar, mengelirukan serta berpotensi menjejaskan kredibiliti dan reputasi suruhanjaya itu sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

Menurut kenyataan itu, pemilik akaun terbabit antara lain mendakwa kononnya pegawai SPRM telah menyerahkan satu “saman palsu” dan melabelkannya sebagai penipuan atau scam.

Sehubungan itu, SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka serta menurunkan hantaran fitnah tersebut dengan serta-merta.

“Sekiranya individu terbabit gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi SPRM,” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM turut memaklumkan pihaknya telah memperoleh izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terhadap individu terbabit, dengan pertuduhan dijadualkan pada 5 Februari ini.

Pertuduhan tersebut melibatkan dakwaan rasuah berkaitan aktiviti counter setting atau caturan kaunter imigresen.

SPRM turut menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang, selain menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau berunsur fitnah.

 

+ - reset