Berita Berita
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
GOMBAK 30 Jan – Perdana Menteri menegaskan penguatkuasaan dan tindakan undang-undang perlu dilaksanakan secara menyeluruh bukan sahaja di peringkat Persekutuan, malah melibatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelemahan serta salah laku tatakelola dikenal pasti wujud pada setiap peringkat pentadbiran bermula daripada agensi Persekutuan, negeri sehingga ke peringkat PBT.
Menurut beliau, langkah penguatkuasaan yang tegas dan berterusan amat penting bagi memastikan kelemahan pelaksanaan dapat diperbaiki demi kepentingan rakyat serta negara.
“Kerosakan selalunya berpunca dari peringkat atasan. Sebab itu saya tekankan penguatkuasaan terhadap ketua setiausaha, ketua pengarah, pengarah-pengarah termasuk Jemaah Menteri. Mereka ini perlu dipantau dengan cukup teliti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, di sini, hari ini.
Anwar menegaskan, pembaharuan hanya dapat dilaksanakan sekiranya terdapat gerakan dan perancangan menyeluruh yang melibatkan seluruh jentera pentadbiran di peringkat Persekutuan, negeri dan PBT.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi turut membincangkan isu penguatkuasaan dan kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan tindakan awal yang telah diambil.
“Saya telah mengarahkan supaya tindakan yang diumumkan sebelum ini diteruskan sehingga menghasilkan kesan yang jelas dan positif kepada rakyat serta negara,” katanya.
Berita berkaitan
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:36 pm
Hanya 30 ladang ternakan babi masih beroperasi di Tanjung Sepat
January 30, 2026, 4:01 pm
Polis panggil tujuh saksi bantu siasatan kes budak 2 tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban
January 30, 2026, 3:42 pm
Wanita beri alasan beli makanan sebelum lari tinggalkan anak dengan jiran di Semenyih
January 30, 2026, 3:22 pm
