Berita Berita
'Report menteri terus' - Murid berani mengadu dibuli di sekolah pada Saifuddin, Ketua Polis Kedah
KUALA LUMPUR 2 Feb – Kes buli melibatkan seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Labu Besar, di Kulim, Kedah mendapat perhatian serius Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Kedah selepas aduan dibuat secara terus oleh keluarga mangsa ketika pertemuan empat mata baru-baru ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution ketika turun padang bertemu dengan penduduk setempat turut meluahkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan murid sekolah rendah apabila dimaklumkan wujud unsur keganasan dalam kejadian berkenaan.
“Bawa pisau juga? Depa (mereka) sorok dalam beg? Pisau ke kayu? Depa katok (pukul) abang dekat mana? Keluar pagar sekolah depa buat?,” soal beliau kepada murid terbabit.
Menurut maklumat awal, murid tersebut mendakwa dia dibuli oleh beberapa pelajar lain sehingga menimbulkan trauma dan ketakutan melampau, menyebabkan kanak-kanak itu enggan hadir ke sekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan menjalankan siasatan susulan di sekolah berkenaan dalam masa terdekat selepas bapa murid berkenaan memaklumkan anaknya enggan ke sekolah kerana risau insiden buli berulang.
“Tak boleh tu, kena suruh pergi sekolah. Nanti kita betulkan,” katanya.
Dalam nada bersahaja, Adzli turut cuba menenangkan murid terbabit dengan berseloroh membenarkan kanak-kanak itu menyebut namanya sekiranya berdepan dengan pembuli.
“Kalau payah (takut), sebut nama atuk,” katanya.
Video pertemuan itu dimuat naik pengguna TikTok @misiupdate dan mendapat perhatian ramai pihak.
“Lepas ini adik pergi sekolah mereka tak berani dah nak buli,” komen @rimbabara.
“Terbaik, YB santuni rakyat,” kata @yuyuyuyu.
“Bagus adik, jujur,” puji @AisKrim.
Berita berkaitan
February 2, 2026, 2:29 pm
Pilihan raya Datuk Bandar KL kembali ‘panas’, kerajaan mula kaji sejak Disember
February 2, 2026, 2:13 pm
Kes buli murid di Kulim terbongkar, dua remaja dikenal pasti polis Kedah
February 2, 2026, 2:06 pm
Pemuda UMNO tolak cadanga pilihan raya Datuk Bandar KL
February 2, 2026, 1:50 pm
Dua anggota MBPP cedera terkena letupan belon yang disita ketika operasi Thaipusam
February 2, 2026, 11:53 am
`Saya langsung tiada kaitan' - Anwar nafi sebarang kaitan dengan pertukaran emel kes Epstein
February 2, 2026, 10:27 am
Tiga balai bomba padam gudang kitar semula terbakar di Kuala Langat
February 1, 2026, 4:08 pm
‘Mok Su bedak sejuk’ meninggal dunia akibat langgar lari
February 1, 2026, 4:02 pm
