TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di Jinjang, polis jumpa tisu mengandungi cecair

By
|
Kongsi
image


 

KUALA LUMPUR 2 Feb - Tindakan dua lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan awam membawa kepada penahanan mereka oleh polis dalam satu rondaan cegah jenayah di Taman Intan Baiduri, Jinjang, di sini.

Kedua-dua suspek berusia 24 dan 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu selepas anggota polis mengesan sebuah kereta Proton X50 dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pemeriksaan polis menemui gumpalan tisu warna putih yang dipercayai mengandungi cecair di lantai penumpang belakang.

"Kedua-dua suspek yang ditahan adalah jurujual di sebuah pasar raya dan jurujual telefon," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta berkenaan.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut dan direman selama tiga hari sebelum dibebaskan semalam dengan jaminan polis," katanya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka tidak memiliki rekod jenayah.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh, iaitu persetubuhan bertentangan aturan tabii.

+ - reset