Berita Berita
Dividen KWSP bukan isu populis, rakyat sedang berjuang untuk hidup – PGIRM
KUALA LUMPUR 1 Feb - Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan kemarahan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan berpunca daripada sikap tamak, sebaliknya didorong tekanan kos sara hidup yang semakin menyesakkan dan gagal ditangani secara tuntas oleh dasar sedia ada.
Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, naratif bahawa cadangan agihan dividen KWSP ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) akan menjejaskan simpanan persaraan hanyalah separuh benar kerana ia mengabaikan realiti kehidupan pencarum hari ini.
“Isu sebenar bukan sekadar soal masa depan, tetapi soal kelangsungan hidup sekarang. Ramai pencarum sedang bergelut untuk bertahan dari bulan ke bulan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut PGIRM, KWSP bukan dana kerajaan dan dividen yang diberikan bukan bantuan ihsan, sebaliknya merupakan hak mutlak pencarum yang diperoleh hasil titik peluh mereka sendiri.
“Jika pencarum dibenarkan menggunakan wang KWSP untuk perlindungan insurans demi masa depan, mengapa keperluan asas hari ini dianggap ancaman kepada sistem?” soal kenyataan itu.
PGIRM memaklumkan, maklum balas yang diterima secara konsisten menunjukkan ramai pencarum bekerja tetapi pendapatan tidak mencukupi, dibelenggu hutang isi rumah, gaji habis dalam minggu pertama serta berdepan kos makanan, pendidikan dan perubatan yang semakin meningkat.
Tegas pertubuhan itu, situasi berkenaan bukan kegagalan individu, sebaliknya kegagalan struktur kos sara hidup yang tidak selari dengan realiti pendapatan rakyat.
PGIRM turut menolak dakwaan bahawa perjuangan isu KWSP digerakkan secara bermusim atau hanya bergantung kepada tekanan awam, sebaliknya memaklumkan pihaknya telah berurusan dengan Ahli Parlimen dan pembuat dasar sejak 2021 melalui surat rasmi, sesi libat urus, cadangan dasar serta rundingan tertutup.
Namun menurutnya, pengalaman tersebut membuktikan bahawa tanpa kemahuan politik, rundingan semata-mata tidak memadai dan tekanan awam berfakta adalah mekanisme sah dalam sistem demokrasi.
Menjelaskan pendirian, PGIRM menegaskan ia tidak pernah menuntut pengeluaran besar-besaran atau pembukaan Akaun 1 tanpa kawalan, sebaliknya mencadangkan agihan dividen ke Akaun Fleksibel secara bersasar, berstruktur dan bersifat pilihan, serta hanya sebagai langkah sementara.
“Ini bukan soal menghabiskan simpanan persaraan, tetapi soal memberi ruang bernafas kepada pencarum yang sedang tertekan,” katanya.
PGIRM menegaskan realiti rakyat tidak boleh ditangguhkan kerana bank tidak menunggu sidang Parlimen, bil tidak menunggu kajian dasar dan perut lapar tidak memahami istilah ‘jangka panjang’.
Pertubuhan itu menegaskan akan terus memastikan suara pencarum KWSP tidak dipadam, diperkecilkan atau diputarbelitkan, sambil mengingatkan bahawa kerajaan yang benar-benar cakna perlu berani mengakui rakyat mesti mampu hidup hari ini sebelum memikirkan hari esok.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 10:46 pm
'Tanpa perubahan, kita akan ketinggalan' - Faiz Fadzil mahu LKIM terus relevan selepas 55 tahun
November 10, 2026, 8:13 pm
'Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal politik hingga rakyat hilang keyakinan' – Saifuddin
November 10, 2026, 7:44 pm
Tiada satu pun pertubuhan Rohingya diluluskan sebagai NGO di Malaysia – RoS
November 10, 2026, 6:34 pm
Najib lega akhirnya dibenar jalani tahanan rumah selepas lama menunggu
November 10, 2026, 6:10 pm
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib
November 10, 2026, 5:24 pm
Najib jalani tahanan rumah petang ini, Mahkamah Tinggi keluar perintah baharu
November 10, 2026, 4:31 pm
Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa
November 10, 2026, 4:21 pm
Ganti kereta mainan rosak: Kanak-kanak terima RM50 daripada PM Anwar beli mainan baharu
November 10, 2026, 4:16 pm
