Berita Berita
Wanita ditemui mati dengan kesan tikam di rumah, polis siasat anak kandung mangsa
ALOR SETAR 2 Feb – Seorang wanita ditemui meninggal dunia dengan beberapa kesan tikaman di dalam rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, hari ini, dalam kejadian yang sedang disiasat sebagai kes bunuh.
Mangsa, Zaharullail Basir, 52, dilaporkan bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata pada jam 8.45 pagi, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa yang memaklumkan kejadian pembunuhan melibatkan ibunya di lokasi berkenaan.
Mangsa disyaki ditikam pada badan selain dipukul pada bahagian kepala.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi sebelum salah seorang anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah.
"Pemeriksaan menemukan tiga kesan tikaman termasuk pada bahagian atas dada kiri, selain kecederaan di pergelangan tangan serta kesan luka di bahagian kepala dan muka, serta luka kecil dan luka tikaman di tapak tangan kiri.
"Pemeriksaan juga mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang.
"Setakat ini motif pembunuhan masih disiasat dan polis percaya kejadian ini kemungkinan membabitkan anak mangsa," katanya.
Syed Basri berkata, mangsa dipercayai tinggal di rumah berkenaan bersama tiga orang anaknya dan usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis turut meminta seorang individu dikenali sebagai Amirul Shafiq Shamsul Zahari, 28, untuk tampil membantu siasatan di mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
February 2, 2026, 2:29 pm
Pilihan raya Datuk Bandar KL kembali ‘panas’, kerajaan mula kaji sejak Disember
February 2, 2026, 2:13 pm
Kes buli murid di Kulim terbongkar, dua remaja dikenal pasti polis Kedah
February 2, 2026, 2:06 pm
Pemuda UMNO tolak cadanga pilihan raya Datuk Bandar KL
February 2, 2026, 1:50 pm
Dua anggota MBPP cedera terkena letupan belon yang disita ketika operasi Thaipusam
February 2, 2026, 11:53 am
`Saya langsung tiada kaitan' - Anwar nafi sebarang kaitan dengan pertukaran emel kes Epstein
February 2, 2026, 11:29 am
'Report menteri terus' - Murid berani mengadu dibuli di sekolah pada Saifuddin, Ketua Polis Kedah
February 2, 2026, 10:27 am
Tiga balai bomba padam gudang kitar semula terbakar di Kuala Langat
February 1, 2026, 4:08 pm
