Berita Berita
Nenek maut, cucu 2 bulan terselamat kereta dinaiki terjunam masuk longkang di Melaka
MELAKA 8 Feb - Hasrat sebuah keluarga untuk ke pasar raya berakhir tragedi apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang di Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (SPA) Bertam Impian, petang tadi, mengorbankan seorang wanita.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Teo Cho Khin, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suami, anak perempuan serta cucu lelaki berusia dua bulan 25 hari terselamat.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian kereta jenis Perodua Bezza dinaiki mereka dalam perjalanan dari Tengkera ke Pasaraya Angee.
Katanya, kenderaan tersebut telah dipandu suami si mati berusia 68 tahun dan nahas dipercayai berlaku ketika warga emas itu cuba memarkir kenderaan.
“Pemandu dipercayai secara tidak sengaja telah menekan pedal minyak menyebabkan kereta dinaiki empat sekeluarga itu terbabas ke hadapan lalu terjunam ke dalam longkang berhampiran kawasan parkir.
“Akibat kemalangan itu mangsa yang duduk di tempat duduk belakang mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambahnya, suami mangsa hanya mengalami sakit di bahagian dada, manakala anak perempuan mereka yang duduk di tempat hadapan kiri mengalami bengkak di bahagian dahi sebelah kiri.
“Bayi lelaki terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati cuaca dalam keadaan baik, cerah dan tidak hujan ketika kemalangan berlaku,” ujarnya.
Christopher berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
February 8, 2026, 11:46 am
'Letih dengar...' - Anwar tegaskan tiada tempat untuk pemimpin kuat berleter dalam PKR
February 8, 2026, 11:16 am
Perdana Menteri India diberi sambutan rasmi negara di Putrajaya
February 8, 2026, 9:29 am
Zamri Vinoth antara enam ditahan dipercayai peserta Himpunan GARAH
February 7, 2026, 10:22 pm
Modi puji kepimpinan Anwar, hubungan Malaysia–India terus diperkukuh
February 7, 2026, 6:17 pm
Forum CEO Malaysia–India fokus integrasi teknologi dan AI dalam hubungan perniagaan serantau
February 7, 2026, 3:07 pm
Kelantan jangka masalah air selesai menjelang 2050
February 7, 2026, 2:47 pm
'Tahan, humban mereka yang gugat keselamatan negara' - Anwar
February 7, 2026, 11:16 am
