Berita Berita
'Letih dengar...' - Anwar tegaskan tiada tempat untuk pemimpin kuat berleter dalam PKR
GOMBAK 8 Feb - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan keutamaan parti ketika ini adalah kerja dan khidmat kepada rakyat, bukannya melayan sikap segelintir pemimpin atau ahli yang hanya tahu mengeluh tanpa menyumbang kepada pengukuhan parti.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat telah memberikan mandat kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara dan mandat itu bukan sekadar untuk dibanggakan dengan kerusi atau jawatan yang dimiliki.
"Ini satu amanah untuk bekerja. Sanggup bekerja, kekal... tak mahu kerja, keluar.
"Sanggup bekerja, tumpu membangun dan memperkuat parti, kekal. Berleter, merengek tak habis-habis boleh keluar kerana kerja kita masih banyak.
"Letih dengar... bukan beri pandangan membina," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Selangor di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri R Ramanan.
Anwar berkata, tumpuan utama parti ketika ini adalah menangani isu rakyat dan membersihkan negara daripada gejala rasuah.
Sehubungan itu, beliau menegaskan PKR Selangor dari peringkat negeri hingga ke ranting perlu bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh bagi memperjuangkan agenda tersebut, bukan sekadar membuat bising terhadap perkara remeh.
"Jangan cakap banyak kalau ranting pun tidak ada. Jangan bising kalau cabang pun lembab.
"Nampak macam kita lembut sikit, dia nak hentam, kiri hentam, kanan hentam. Orang curi duit, dia diam. Berbilion ringgit di sakau, diam... benda titik bengik, (merengek) macam mak lampir saja," katanya.
Berita berkaitan
February 8, 2026, 11:16 am
Perdana Menteri India diberi sambutan rasmi negara di Putrajaya
February 8, 2026, 11:00 am
Nenek maut, cucu 2 bulan terselamat kereta dinaiki terjunam masuk longkang di Melaka
February 8, 2026, 9:29 am
Zamri Vinoth antara enam ditahan dipercayai peserta Himpunan GARAH
February 7, 2026, 10:22 pm
Modi puji kepimpinan Anwar, hubungan Malaysia–India terus diperkukuh
February 7, 2026, 6:17 pm
Forum CEO Malaysia–India fokus integrasi teknologi dan AI dalam hubungan perniagaan serantau
February 7, 2026, 3:07 pm
Kelantan jangka masalah air selesai menjelang 2050
February 7, 2026, 2:47 pm
'Tahan, humban mereka yang gugat keselamatan negara' - Anwar
February 7, 2026, 11:16 am
