Berita Berita
Api merebak terlalu cepat, 30 rumah atas air di Kampung Teluk Jawa musnah terbakar
PASIR GUDANG 12 Feb - Kira-kira 30 rumah atas air di Kampung Teluk Jawa, dekat Masai di sini musnah dalam satu kebakaran awal pagi ini.
Selain kediaman, kejadian itu turut mengakibatkan dua bot berenjin, sebuah kereta dan enam motosikal mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban apabila semua penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Subri Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi sebelum tiga jentera bersama 28 anggota dari BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya dikejarkan ke lokasi.
"Bomba terpaksa menggunakan sumber air laut berhampiran dengan bantuan pam GP 10/10, melibatkan satu aliran sepanjang 400 kaki, satu breaching, dua pancutan serta satu aliran 100 kaki dengan satu pancutan bagi memadamkan kebakaran.
"Kebakaran berjaya dikawal jam 7.41 pagi, manakala kerja pemantauan masih diteruskan bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Berita berkaitan
February 12, 2026, 5:08 pm
Saifuddin minta pihak tuduh Azam Baki kemuka bukti
February 12, 2026, 5:01 pm
Angkara salah faham, lelaki ambil nyawa sendiri selepas tikam isteri 13 kali hingga maut di Kepong
February 12, 2026, 3:31 pm
Selangor henti lesen penternakan babi, ladang sedia ada ditutup berperingkat - Amirudin
February 12, 2026, 2:55 pm
Kemboja tutup 200 pusat 'scam', 173 dalang ditahan
February 12, 2026, 2:34 pm
Dewan rakyat pertimbang saringan kesihatan mental Ahli Parlimen
February 12, 2026, 2:28 pm
KPDN beri amaran peniaga bazar Ramadan patuh tanda harga atau diambil tindakan
February 12, 2026, 2:22 pm
AMK yakin kerjasama UMNO-Pas beri kelebihan kepada PH di Melaka
February 12, 2026, 1:33 pm
